Ready. Set. Mechanize! PUBG MOBILE x Mechamato Memasuki Medan Tempur

PUBG MOBILE x Mechamato

Ready. Set. Mechanize! PUBG MOBILE x Mechamato Memasuki Medan Tempur

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2023  – PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih terkemuka dunia kini telah melancarkan kolaborasi secara rasmi bersama Mechamato terbitan Monsta bermula dari 15 Disember – 5 Januari 2024!

Berdasarkan pengumuman, PUBG MOBILE bakal mengeluarkan item dalam permainan dengan tier Legendary yang merangkumi Mechamato Suit dan Mask Set, Mecha-Machete dan Mechabike (Motosikal 2 Tempat Duduk). Manakala, bintang bagi pek suara pula bakal diserlahkan melalui Mechabot (disuarakan oleh Adzlan Nazir) dan Bago Go (disuarakan oleh Nizam Abdul Razak).

Tumpuan para pemain akan berfokus kepada sebuah acara dalam permainan yang dikenali sebagai “Ready, Set, Mechanize!”, di mana para pengguna boleh mengumpul kesemua item kolaborasi. Malah, para peminat PUBG MOBILE dan Mechamato juga boleh menebus pek suara PERCUMA dengan menyertai acara gameplay “Adventures of MechaBot & Bago Go”.

Sebagai sebuah permainan mudah alih yang dikenali global, kesemua item kolaborasi PUBG MOBILE x Mechamato bakal tersedia merentasi Asia Tenggara. 

“Kami berbangga kerana sekali lagi dapat berkolaborasi bersama Monsta untuk kali ini. Kolaborasi ini merupakan satu batu loncatan yang signifikan bagi semua pihak sebagaimana kami terus menambah baik pengalaman permainan kepada pengguna dengan cara tempatan,” kata Eugene Chin, Country Manager bagi Level Infinite.

“Selari dengan sasaran bagi menjadikan PUBG MOBILE sebuah permainan yang dicipta untuk rakyat Malaysia, kami telah beradaptasi dan menambah baik cara permainan demi memenuhi ekspektasi para pemain berkenaan kolaborasi IP tempatan. Dalam masa yang sama, kami turut berpeluang untuk memaparkan bahawa bahan hiburan Malaysia mampu memberi sesuatu di mata dunia.”

Mechamato merupakan sebuah siri animasi televisyen terkenal Malaysia dan juga francais terbitan Monsta. Siri ini memaparkan Amato, seorang anak muda yang menjumpai sebuah kapal angkasa penjara berisi robot-robot jahat yang telah terhempas di Bumi. Dia bertemu dengan MechaBot, sebuah robot dengan kuasa Mechanize yang mampu mengubah barangan harian menjadi peranti berteknologi tinggi, dan sekaligus mereka membanteras dan menangkap robot-robot jahat.

Siri ini telah mencetus gelombang sebagai animasi Malaysia pertama yang ke udara di Stesen TV Jepun ‘Tokyo MX’ dan merupakan animasi bukan Jepun pertama memenangi ‘Anime Fan Award’ di Tokyo Anime Award Festival 2023.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama sekali lagi bersama PUBG MOBILE. Kolaborasi tahun lalu bersama BoBoiBoy merupakan sebuah kejayaan dan telah membuka pintu dan jalan seluas-luasnya kepada kami. Kali ini, kami bawakan ayah kepada BoBoiBoy, Mechamato untuk memperkayakan lagi dunia PUBG MOBILE. Mechamato akan memberi lebih pengalaman yang menyegarkan dengan kolektibel eksklusif dan gameplay menyeronokkan. Kami berharap kerjasama ini boleh menarik para peminat untuk merasai apa yang dunia hiburan Malaysia mampu tawarkan,” kata Ketua Pegawai Operasi Monsta, Kee Yong Pin.

PUBG MOBILE x Mechamato merupakan kolaborasi kedua antara Monsta dan PUBG MOBILE, selepas ditutup dengan kejayaan sama bersama BoBoiBoy awal tahun ini.

The post Ready. Set. Mechanize! PUBG MOBILE x Mechamato Memasuki Medan Tempur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*