“Home Sweet Home,” TokTi Dipercayai Beli Kondominium Di Dubai, Warganet Tumpang Gembira

“Home Sweet Home,” TokTi Dipercayai Beli Kondominium Di Dubai, Warganet Tumpang Gembira

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak asing lagi di negara ini susulan pencapaiannya sebagai penyanyi tersohor dan nombor satu negara.

Sudah bertahun melakar nama dalam dunia seni, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali Tokti telah dijadikan sebagai idola oleh masyarakat kerana keayuannya selain mempunyai kepakaran dalam bidang nyanyian.

Terbaru, TokTi dipercayai telah membeli sebuah kondominium di luar negara iaitu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, hingga mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Menerusi Instagram story (IGs) miliknya, Tokti berkongsikan beberapa video yang memaparkan kawasan kediaman rumah baharu milik penyanyi bertaraf dunia itu.

Tokti yang tidak memberi apa-apa keterangan hanya menunjukkan video perkarangan serta persekitaran rumah kondominium di Dubai itu, juga meletakkan lagu dan kapsyen ‘Alhamdulillah, Home Sweet Home’.

Kredit: IGs Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, anak tirinya Asyraf Khalid juga mengucapkan tahniah kepada penyanyi terkenal dengan lagu Wajah Kekasih pada tahun 1997 itu.

Kredit: IGs Asyraf Khalid

“Tahniah Mak Iti kerana memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian itu. Kejayaan tersebut memberi inspirasi kepada saya dan Tya.

“Doakan suatu hari nanti Ap (Asyraf) pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Ap doakan Allah akan murahkan lagi rezeki Ayah dan Mak Iti.

“Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas kerja keras dan penat lelah dalam meningkatkan lagi kerjaya seni Mak Iti,” memetik IGs Asyraf.

Sementara itu, Asyraf yang juga anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat mengusik ibu tirinya dengan berkata dia tidak perlu menyewa sekiranya pergi ke Dubai.

“Selepas ini jika ke Dubai, Ap tidak perlu sewa hotel dah,” katanya dengan meletakkan emoji ketawa di hujung ayat.

Hantaran tersebut mendapat perhatian wargamaya dan rata-rata mereka menzahirkan rasa gembira serta bersyukur atas kejayaan yang dikecapi olehnya.

Kata-kata wargamaya

Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok
Kredit: TikTok

Sumber: Instagram @ctdk & @asyrafkhalid

BACA: Suami selingkuh dengan ibu mentua sendiri

The post “Home Sweet Home,” TokTi Dipercayai Beli Kondominium Di Dubai, Warganet Tumpang Gembira appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*