Restoran Layan Diri “Next Level”, Pelanggan Kira, Bayar & Ambil Baki Sendiri

pelanggan kira makanan sendiri

Restoran Layan Diri “Next Level”, Pelanggan Kira, Bayar & Ambil Baki Sendiri

Sudah menjadi lumrah, semua premis perniagaan menggajikan pekerja untuk membantu melancarkan operasi kedai setiap hari.

Misalnya di restoran-restoran, pasti ada pelayan kedai yang menguruskan pesanan para pelanggan dan juruwang untuk menyelia transaksi pembayaran.

Bagaimanapun berbeza pula dengan kedai nasi berlauk yang menjadi viral baru-baru ini.

Kedai berkenaan mengamalkan konsep layan diri yang sangat luar biasa dan “next level”.

Apa tidaknya, pelanggan diminta membungkus, mengira, membayar dan mengambil wang baki sendiri. Senang cerita semua perlu dilakukan sendiri.

Macam tidak percaya kan? Kalau nak tahu, restoran tersebut memaklumkan pihaknya tidak menyediakan pekerja untuk menguruskan kedai.

Manakala semua juadah sudah disediakan di dalam bekas makanan dan urusan perlu dilakukan sendiri oleh pelanggan.

Dalam satu muat naik di media sosial, seorang lelaki berkongsi pengalamannya berurus niaga di kedai yang unik itu.

Terkejut dengan cara kedai itu berniaga, lelaki itu berkata dalam sejarah hidupnya itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di restoran yang menggunakan teknik tersebut.

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan keadaan kedai yang dipenuhi dengan lauk-pauk selain pelanggan yang keluar masuk membeli makanan tengahari.

BACA: Ikat Syria 2-2, Pan Gon Yakin Malaysia Bersedia Untuk Piala Asia

Kebanyakkan juadah yang dijual pula adalah masakan tempatan yang pastinya kena denga selera dan tekak masyarat kita.

“Memang lain dari yang lain. Kedai ini keistimewaannya menjual masakan Melayu. Lauk yang dijual sangat sedap dan harga juga berpatutan.

“Bezanya dengan kedai lain mereka tidak menyediakan tempat duduk, hanya untuk tapau sahaja. Ramai orang bekerja beli di sini, grab and go sahaja,” katanya dalam video tersebut.

Meskipun sukar untuk dipercayai, peniaga itu juga membenarkan bayaran dibuat secara harian, mingguan atau pun bulanan.

Kredit: @_NazriH/X

Tidak hanya itu, bekas wang juga telah dibiarkan terdedah secara terbuka agar mudah untuk mereka mengambil baki sekiranya memberi not wang yang besar.

Harga makanan yang ditetapkan adalah bergantung kepada diri masing-masing dan segala tindak-tanduk pelanggan juga adalah tanggungjawab sendiri.

Kredit: @_NazriH/X

“Paling uniknya semua layan diri. Sayalah yang ambil lauk, bungkus, kira, masukkan duit dan ambil baki sendiri dalam bekas yang disediakan.

“Persoalan saya, mereka (peniaga) ini tidak takut ke orang ambil kesempatan?” tanya lelaki itu.

Jadi, pendapat anda bagaimana?

Sumber: @_NazriH/X

The post Restoran Layan Diri “Next Level”, Pelanggan Kira, Bayar & Ambil Baki Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*