Cadangan Naik Taraf Lesen B2 Kepada B Belum Diputuskan

Lesen b2 b

Cadangan Naik Taraf Lesen B2 Kepada B Belum Diputuskan

SEREMBAN — Kementerian Pengangkutan (MOT) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik, lapor Sinar Harian.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan penaiktarafan lesen itu masih di fasa perbincangan disebabkan banyak perkara perlu diteliti meskipun telah ada kajian berkaitannya.

“Keputusan belum dibuat. Memang ada kajian dan pelbagai pandangan, kita belum lagi putuskannya lagi, masih di peringkat perbincangan sekarang.

“Yang kita telah laksanakan ialah menggabungkan ujian teori untuk kelas B2 dan D. Maksudnya bila telah ambil ujian teori semasa mengambil lesen motosikal, dia tak perlu lagi ulangi ujian itu untuk mengambil lesen D,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pemberita selepas hadir menyampaikan sumbangan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul hari ini.

Pun begitu, Loke berkata, kajian menyeluruh dan pelbagai pandangan diperlukan bagi menggabungkan kedua-dua  kategori lesen itu. Ini kerana motosikal berkuasa tinggi dan motosikal biasa adalah berbeza.

“Kita nak melihat sejauh mana yang sudah dapat lesen B2 itu mampu untuk membawa motosikal berkuasa tinggi. Jadi itu ada sedikit kebimbangan pelbagai pihak,” ujarnya.

BACA: Penuh Udang & Sotong, Pelanggan Pecah Rekod Harga Lauk Nasi Kandar

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi Kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada MOT untuk diteliti terlebih dahulu.

Kerajaan Lebih Fokus Kepada ‘Langkah Pendigitalan’

Dalam pada itu, Loke hari ini memberitahu kerajaan lebih terarah kepada usaha memperkasa ‘Langkah Pendigitalan’ bagi memastikan negara berkembang maju.

Langkah berkenaan dilakukan agar dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar serta membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Tambahnya, antara langkah yang sedang diusahakan oleh kerajaan adalah mengemas kini butir maklumat melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

BACA JUGA: Kerajaan Lebih Fokus Kepada ‘Langkah Pendigitalan – Anthony Loke

Sumber: Sinar Harian

The post Cadangan Naik Taraf Lesen B2 Kepada B Belum Diputuskan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*