Polis Terima Laporan Lelaki Pukul, Bakar Anjing Hidup-Hidup

Bakar Anjing Hidup-hidup

Polis Terima Laporan Lelaki Pukul, Bakar Anjing Hidup-Hidup

JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) — Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang dipercayai memukul serta membakar seekor anjing liar secara hidup-hidup, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan yang didakwa berlaku berhampiran di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.

Beliau mengesahkan menerima laporan polis pada 2.59 petang, Isnin lepas, daripada orang awam yang memaklumkan haiwan liar berkenaan dipukul dan dibakar hidup-hidup, selain memberitahu mengenai video itu tular.

“Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk kes terbabit kepada Jabatan Veterinar Johor bagi menjalankan siasatan berhubung penyeksaan haiwan.

“Kes ini akan disiasat Jabatan Veterinar Johor mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 8 minit 54 saat menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api dipercayai terhadap seekor anjing yang terhalang oleh dinding.

Video itu turut menunjukkan lelaki berkenaan dilihat meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya.

Sumber: Bernama

The post Polis Terima Laporan Lelaki Pukul, Bakar Anjing Hidup-Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*