Liverpool Seri Tanpa Jaringan: ‘Pada Anda Kami Dilihat Seperti Kalah, Sebenarnya…’ – Kloop

Liverpool seri tanpa jaringan

Liverpool Seri Tanpa Jaringan: ‘Pada Anda Kami Dilihat Seperti Kalah, Sebenarnya…’ – Kloop

Harapan Liverpool untuk mendapatkan tempat dalam Liga Juara-Juara (UCL) mulai terkubur apabila sekadar seri tanpa jaringan dalam aksi menentang Crystal Palace di Selhurst Park, awal pagi tadi.

Pengurusnya, Jurgen Kloop berkata tiada pengakhiran ‘Hollywood’ dalam perjuangan pasukan kendaliannya itu.

“Tidak akan ada filem besar mengenainya atau perkara seperti ini. Tetapi kami perlu melaluinya dan kami akan melakukannya,” katanya.

Bagi Kloop, pasukan yang telah memenangi Liga Perdana (EPL), UCL, Piala Liga dan Piala FA musim lalu tidak sepatutnya menderita jika dibandingkan dengan pencapaian mereka sebelum ini.

“Kami teruskan. Di mata anda, Kami dilihat seperti kami kalah..sebenarnya kami tidak. Kami ‘memanjakan’ diri dengan banyak perkara tetapi kami tidak boleh menderita kerana sejarah sendiri, itu benar.

“Ini bukan musim dalam buku sejarah apabila anda berkata ‘Mari saksikan musim itu lagi, lagi dan lagi,” jelasnya.

Liverpool Menentang Crystal Palace
Kredit: Fox Sports

Tambahnya lagi, mereka tidak akan menonton semula perlawanan itu (Liverpool menentang Crystal Palace) lebih daripada yang diperlukan.

Tetapi tidak dinafikan bahawa musim ini telah membuktikan bahawa The Reds perlu mencatatkan kemajuan eranya yang tersendiri.

Lebih teruk, bintang The Reds, Darwin Nunez mengalami kecederaan pada bahagian bahu sehingga dia terpaksa mengambil suntikan kedua.

Ia adalah ekoran kecederaan yang dialami semasa menentang Real Madrid pada Selasa lalu.

Kecederaan itu bermakna Liverpool akan meneruskan aksi dengan sedikit ‘tempang’ tanpa Luis Diaz, Thiago Alcantara dan Ibrahima Konate.

Keputusan Seri Di Selhurst Park Selepas Dijinakkan Oleh Real Madrid

Imbas kembali, pasukan kendalian Kloop sekali lagi tidak bernasib baik apabila seri dengan Crystal Palace dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Selhurst Park.

Keputusan itu sekali gus menyebabkan Liverpool hanya memperoleh satu mata dan kini berada di tangga ke-7 liga, enam mata di belakang Tottenham.

Ia selepas gagal menewaskan pasukan Palace yang kekal tanpa kemenangan dalam aksi sepanjang 2023.

Dalam perlawanan pertembungan Liga Juara-Juara sebelum ini, The Reds sekali lagi dimalukan apabila terpaksa tunduk kepada Real Madrid 5-2 yang berlangsung di Anfield.

Kekalahan memalukan di laman sendiri itu tidak dinafikan menggugat kedudukan The Reds untuk aksi timbal balik yang akan berlangsung pada 16 Mac, pukul 4:00 pagi.

Sumber: The Telegraph

The post Liverpool Seri Tanpa Jaringan: ‘Pada Anda Kami Dilihat Seperti Kalah, Sebenarnya…’ – Kloop appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*