Sadis, Suami Tak Sengaja Langgar Isteri Hingga Mati Ketika Sedang “Reverse” Kereta

langgar isteri reverse kereta

Sadis, Suami Tak Sengaja Langgar Isteri Hingga Mati Ketika Sedang “Reverse” Kereta

Seorang wanita dilaporkan maut dilanggar suaminya yang sedang mengundurkan keretanya dalam kejadian di Taman Selasih, Jumaat lalu, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, ketika kejadian hujan dikatakan turun dengan lebat.

Suami mangsa yang berusia 60 tahun itu bagaimanapun tidak menyedari kehadiran isterinya yang berada di belakang kereta berkenaan.

Menurut Mohd Redzuan lagi, sepasukan anggota polis telah dihantar ke lokasi kejadian selepas laporan diterima pada jam 7 malam.

Mangsa meninggal di tempat kejadian

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis telah mendapati bahawa mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Suami mangsa ketika itu sedang mengundur kereta jenis Proton Saga dan ketika itu hujan lebat dan pandangan terhad lalu tidak nampak mangsa berada di belakang kenderaan.

“Suami mangsa memberhentikan kenderaan selepas terlanggar kereta Perodua Myvi yang sedang parkir di hadapan sebuah rumah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Hasil siasatan awal polis mendapati bahawa kemalangan berlaku semasa mangsa keluar dari kereta kerana ingin mengambil barang yang tertinggal di dalam rumah.

Tambah Mohd Redzuan, suami mangsa yang ketika itu sedang mengundurkan kereta telah tertekan pedal minyak.

Suami mangsa kemudiannya telah terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri sebelum melanggar sebuah lagi kereta yang sedang parkir.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalaman dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa yang berusia 59 tahun juga telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.

Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA: Guru Besar Maut Kemalangan, Angkara Pemandu Positif Dadah

Terdahulu, seorang Guru besar Sekolah Kebangsaan Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 12 Jalan Pasir Puteh, Machang.

Memetik Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku pada 4.3o petang semalam itu telah mengorbankan mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55 tahun. Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan yang berlaku di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, sebelum kejadian berlaku, seorang pemandu wanita berusia 20 tahun dalam dalam perjalanan dari Machang ke Pasir Puteh telah melalui jalan tersebut.

Sumber: Astro Awani

The post Sadis, Suami Tak Sengaja Langgar Isteri Hingga Mati Ketika Sedang “Reverse” Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*