Saintis Temui Kota Purba Maya Di Guatemala Berusia 2,000 Tahun, Padang Bola Pun Ada

Saintis Temui Kota Purba Maya Berusia 2,000 Tahun Di Guatemala, Padang Bola Pun Ada

Para saintis dilaporkan menemui penempatan besar Tamadun Maya berusia 2,000 tahun yang tersembunyi di bawah hutan hujan di Guatemala, lapor The Independent.

Tapak yang telah lama hilang itu meninggalkan hampir 1,000 penempatan bandar yang saling bersambung sepanjang 160 kilometer tambak merentasi kawasan seluas kira-kira 1,700 kilometer persegi, menurut penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal Ancient Mesoamerica.

Penyelidik dari Universidad de San Carlos di Guatemala mendedahkan bahawa tapak tersebut menggunakan kaedah yang semakin digunakan dalam kajian terbaru tentang tamadun yang hilang tersembunyi di bawah hutan hujan tropika yang tebal.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Mereka menjalankan tinjauan udara dengan menggunakan teknologi Pengesanan Cahaya dan Ranging (LiDAR) iaitu kaedah imbasan menggunakan cahaya daripada laser untuk melakukan ukuran.

Memetik The Indepedent, LiDAR sangat berguna dalam mendedahkan bukti penempatan purba yang hilang di hutan Lembangan Karst Mirador-Calakmul Guatemala.

Gambar: Ancient Mesoamerica

“Kajian ini menggunakan data LiDAR bawaan udara untuk menunjukkan bagaimana masyarakat kompleks mengatur infrastruktur mereka untuk mencerminkan organisasi sosio-ekonomi dan kuasa politik mereka,” tulis saintis dalam kajian itu.

Walaupun kajian terdahulu mencadangkan penempatan awal Mesoamerika berkemungkinan dihuni sebilangan kecil penduduk, namun penemuan baharu ini mendedahkan sebaliknya.

Tinjauan LiDAR juga mendedahkan bahawa penduduk Tamadun Maya purba membina sistem takungan yang besar untuk pengumpulan air dan pengurusan air hujan di kawasan itu.

Beberapa tapak tersembunyi lain seperti pembinaan piramid, platform yang besar juga ditemui di kawasan tersebut.

Lebih menarik lagi, para saintis juga menegaskan bahawa beberapa penempatan mempunyai gelanggang bola, yang digunakan oleh orang purba untuk bermain sukan.

Beberapa tapak yang ditemui juga berkemungkinan telah berfungsi sebagai hab untuk politik, kerja dan rekreasi juga.

Para saintis mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 417 bandar, pekan dan kampung purba dengan sempadan tapak yang boleh dikenal pasti.

Penemuan tambak purba, gelanggang bola dan takungan itu melibatkan sejumlah besar buruh dan sumber di kawasan itu, dikumpul oleh organisasi dan pentadbiran, lapor saintis.

Mereka mengesyaki pembentukan kerajaan peringkat negeri di kawasan yang hari ini dianggap tidak mesra untuk pengembangan demografi dan seni bina.

Sumber: The Independent

The post Saintis Temui Kota Purba Maya Di Guatemala Berusia 2,000 Tahun, Padang Bola Pun Ada appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*