Sarjan Maut Dengan Kesan Tembakan Di Belakang Balai Polis

sarjan maut di belakang balai

Sarjan Maut Dengan Kesan Tembakan Di Belakang Balai Polis

GEORGE TOWN, 19 Feb (Bernama) — Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan tiga kesan  tembakan dalam kejadian di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun itu yang bertugas di balai berkenaan.

“Anggota polis itu meninggal dunia dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala serta pihak polis turut menemukan sepucuk pistol berada bersamanya,” katanya, dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan.

Menurutnya, pihak polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

BACA: Kes Samun Bersenjata Di Kedah Tumpas, Dua Penjenayah Ditembak Mati – Polis

Bergaduh depan balai, pegawai polis cedera ditembak isteri keempat

Empat bulan lalu, di Thailand, isteri keempat seorang pegawai polis yang sedang sarat mengandung menembak suaminya di depan balai polis sehingga lelaki itu tercedera.

Menurut laporan The Thaiger, difahamkan kejadian berlaku semasa anggota polis tersebut berehat seketika di luar balai untuk menghisap rokok.

Saksi berkata mereka terlihat seorang wanita yang memakai baju ibu mengandung sedang bertengkar dengan pegawai polis itu.

Perselisihan itu semakin kuat dan tidak menentu sehingga wanita hamil itu mengeluarkan pistol dan tekad menembak suaminya.

Pegawai itu kemudiannya mengalami kecederaan di sebelah kiri badannya akibat ditembak sebelum segera dibawa masuk ke dalam balai polis untuk diberi rawatan.

Pegawai tersebut dibantu oleh beberapa anggota polis yang membantunya dan merawat luka itu sambil memujuk wanita hamil yang sedang ‘membara’ berkenaan.

Pujukan itu berhasil hingga akhirnya membuatkan wanita hamil itu menyerah diri dan dia telah ditahan dan akan didakwa memiliki senjata api tanpa permit di kawasan bandar.

Dalam masa sama wanita itu juga berdepan dakwaan cubaan membunuh seorang pegawai polis yang bertugas – iaitu suaminya sendiri.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

The post Sarjan Maut Dengan Kesan Tembakan Di Belakang Balai Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*