Satu Persatu ‘Kepala’ Keluar, Lelaki Gigih Korek Tanah Runtuh Selamatkan Pelombong

korek tanah runtuh

Satu Persatu ‘Kepala’ Keluar, Lelaki Gigih Korek Tanah Runtuh Selamatkan Pelombong

Sebuah video menjadi viral apabila menunjukkan sekumpulan lelaki bertungkus lumus menyelamatkan mangsa terperangkap dalam tanah runtuh hanya menggunakan tangan kosong.

Menurut laporan BBC, video tular tersebut dirakam di tapak sebuah lombong emas yang runtuh baru-baru ini di Congo.

Menerusi rakaman itu, dapat dilihat seorang lelaki berusaha menggali lubang pada kawasan yang dipercayai laluan masuk ke dalam lombong.

Selepas itu, beberapa mangsa dirakam berjaya merangkap keluar daripada laluan yang sempit menerusi ruang pada runtuhan tersebut.

Lelaki berkenaan sesekali dilihat memerhati kawasan atas bukit kerana runtuhan tanah masih berlaku. Namun begitu, dia langsung tidak meninggalkan lokasi berkenaan dan berusaha sehabis baik yang mungkin cuba menyelamatkan pelombong-pelombang tersebut.

Viral video lelaki korek tanah runtuh selamatkan pelombong

Berdasarkan video tersebut, kesemua pelombong yang terperangkap di bahagian itu dipercayai berjaya diselamatkan.

Menurut laporan BCC, insiden tanah runtuh yang berlaku di wilayah South Kivu itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat di kawasan berkenaan. Ketika kejadian itu berlaku, lombong berkenaan sedang beroperasi dengan beberapa orang pelombong sedang bekerja di dalamnya.

Memetik BBC, kekurangan prosedur keselamatan dan peralatan yang secukupnya antara faktor yang sering dianggap sebagai punca isu-isu bagi lombong-lombong di Congo.

Insiden ini dianggap perkara yang agak biasa di wilayah South Kivu, yang mana dipenuhi dengan tapak perlombongan yang tidak teratur dan berbahaya.

Empat Maut & 49 Hilang, Lombong Arang Batu China Runtuh

Sebelum ini, sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 49 hilang selepas lombong arang batu runtuh dalam kejadian yang berlaku semalam di Inner Mongolia China pada Februari lalu.

Manakala enam orang turut dilaporkan cedera.

Difahamkan, lombong yang dikendalikan oleh sebuah syarikat telah runtuh dengan kesan serpihan jatuh di sekitar 500 meter daripada lokasi kejadian.

Susulan itu, beratus-ratus anggota penyelamat bersama 60 jentera bomba serta enam anjing pengesan telah dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terperangkap.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, mangsa cedera yang diselamatkan telah dibawa ke hospital. Sebanyak 15 buah ambulans dan 45 kakitangan perubatan turut terlibat dalam operasi SAR tersebut.

“Saya mula bekerja pada 1:15 tengah hari apabila saya menyedari bahawa batu jatuh dari gunung. Saya melihat keadaan semakin serius dan arahan berpindah dibuat namun sudah terlambat, gunung itu runtuh,” kata seorang saksi kejadian.

Memetik The Independent, video yang dikongsikan menunjukkan beberapa orang anggota penyelamat yang memakai baju jingga dilihat kerdil berbanding dinding serpihan besar sementara jengkaut membersihkan kawasan runtuhan.

BACA: Empat Maut & 49 Hilang, Lombong Arang Batu China Runtuh

Sumber: BBC

The post Satu Persatu ‘Kepala’ Keluar, Lelaki Gigih Korek Tanah Runtuh Selamatkan Pelombong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*