Sebulan Sesat Dalam Hutan Amazon, Lelaki Dedah Terpaksa Makan Cacing Untuk Terus Hidup

sesat dalam hutan amazon

Sebulan Sesat Dalam Hutan Amazon, Lelaki Dedah Terpaksa Makan Cacing Untuk Terus Hidup

Seorang lelaki Bolivia mendedahkan bagaimana dia berjaya bertahan selama 31 hari selepas tersesat dalam hutan Amazon.

Jhonattan Accosta, 30, difahamkan terpisah daripada empat rakannya ketika sedang memburu di utara Bolivia.

Memetik BBC, lelaki itu terpaksa meminum air hujan yang terkumpul dalam kasutnya dan memakan cacing serta serangga.

Dia juga dikatakan bersembunyi daripada haiwan pemangsa seperti jaguar dan peccaries, sejenis mamalia seperti babi.

Lelaki itu akhirnya ditemui oleh kumpulan pencarian yang terdiri daripada penduduk tempatan dan rakan-rakan selepas sebulan dia dilapor hilang.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Sungguh luar biasa, saya tidak percaya orang ramai meneruskan pencarian untuk sekian lama,” katanya sambil berlinangan air mata.

“Saya makan cacing, saya makan serangga. Anda tidak akan percaya semua yang saya lakukan untuk bertahan selama ini,” katanya kepada Unitel TV.

Selain itu, dia juga bertahan untuk hidup dengan memakan buah-buahan liar seperti betik yang dikenali sebagai gargateas.

“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan, kerana dia telah memberi saya kehidupan baru,” tambahnya lagi.

Sementara itu, keluarganya berkata bahawa mereka masih perlu mengumpulkan semua butiran tentang bagaimana Acosta tersesat dan bagaimana dia berjaya teruskan hidup.

Justeru, mereka merancang untuk bertanya kepadanya secara perlahan-lahan kerana dia masih mengalami trauma selepas pengalaman pahit itu.

Sesat dalam hutan amazon

Ekoran kejadian itu, Acosta dikatakan telah kehilangan berat badan sebanyak 17 kilogram, buku lali terkehel dan mengalami dehidrasi ketika ditemui.

Namun sewaktu ditemui oleh pasukan penyelamat, Acosta masih boleh berjalan tetapi dalam keadaan tempang.

“Abang saya memberitahu kami bahawa apabila kakinya terkehel pada hari keempat, dia mula takut akan kehilangan nyawanya,” kata Horacio Acosta kepada akhbar Pagina Siete Bolivia.

“Dia hanya mempunyai satu peluru di dalam senapang patahnya dan tidak boleh berjalan. Dia menyangka tiada siapa yang akan mencarinya lagi,” tambah Horacio Acosta, adik lelaki mangsa.

Semasa kejadian, Acosta juga dikatakan tidak mempunyai peralatan lain seperti parang atau lampu suluh. Dia juga terpaksa menggunakan kasutnya untuk menadah air hujan agar boleh diminum.

Menurut adiknya, Acosta menggunakan peluru terakhirnya untuk menakutkan sekumpulan peccaries. Dia juga didakwa pernah bertemu dengan haiwan liar termasuklah jaguar.

Selepas tersesat selama 31 hari, dia akhirnya ternampak kumpulan pencarian kira-kira 300 meter darinya. Dia dengan terkial-kial menuju ke arah mereka melalui semak berduri dan menjerit untuk menarik perhatian.

“Seorang lelaki datang berlari memberitahu kami bahawa mereka telah menemui abang saya. Ia satu keajaiban,” kata adik mangsa.

Sementara itu, polis berkata mereka akan menyoal empat rakan mangsa yang terselamat untuk memahami bagaimana dia terpisah daripada mereka.

@bbcnews

A Bolivian man survived for 31 days after getting lost in the Amazon jungle while hunting. #AmazonRainforest #Bolivia #Hunting #Amazon #BBCNews

♬ original sound – BBC News

Sumber: BBC

The post Sebulan Sesat Dalam Hutan Amazon, Lelaki Dedah Terpaksa Makan Cacing Untuk Terus Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*