Separuh Penduduk Dunia Dijangka Akan Hidapi Obesiti Menjelang 2035 – Kajian

obesiti menjelang 2035

Separuh Penduduk Dunia Dijangka Akan Hidapi Obesiti Menjelang 2035 – Kajian

Lebih separuh daripada penduduk dunia akan dikelaskan sebagai obes atau berat berlebihan menjelang 2035 jika tiada tindakan diambil, kata Persekutuan Obesiti Dunia.

Laporan itu menjelaskan bahawa lebih empat bilion orang akan terkesan.

Berdasarkan laporan tersebut, kanak-kanak adalah golongan yang didapati paling cepat akan mengalami obesiti.

Selain itu, negara berpendapatan rendah atau sederhana di Afrika dan Asia dijangka menyaksikan peningkatan paling besar.

Laporan itu juga meramalkan bahawa kos obesiti akan berjumlah lebih daripada USD 4 trilion (RM17.8 trilion) setiap tahun menjelang 2035.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Presiden Persekutuan Obesiti Dunia, Prof Louise Baur menyifatkan laporan itu sebagai amaran jelas kepada negara-negara untuk segera bertindak, atau perkara itu akan berisiko memberi kesan pada masa depan kelak.

Laporan itu khususnya memberi penekanan tentang kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Kadar bilangan dijangka meningkat dua kali ganda daripada tahun 2020 dalam kalangan lelaki dan perempuan.

“Trend itu sangat membimbangkan. Kerajaan dan penggubal dasar perlu melakukan semua yang mereka boleh untuk mengelak menyalurkan kos kesihatan, sosial dan ekonomi kepada generasi muda.

“Sambil menilai sistem dan faktor asal yang menyumbang kepada masalah obesiti,” kata Prof Baur.

Kesan kelaziman masalah obesiti ke atas negara berpendapatan rendah juga diketengahkan dalam laporan itu.

Sembilan daripada 10 negara dengan jangkaan peningkatan terbesar dalam obesiti seluruh dunia ialah negara berpendapat rendah atau sederhana di Afrika dan Asia.

Keadaan itu disebabkan oleh trend dalam keutamaan diet terhadap makanan yang diproses dan tahap tingkah laku sedentari yang tinggi.

Selain itu, dasar yang lebih lemah untuk mengawal bekalan, pemasaran makanan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan antara sebab punca peningkatan keadaan itu.

Punca lainnya lagi adalah negara-negara tersebut juga tidak menekankan pendidikan berkenaan penjagaan kesihatan.

Negara berpendapatan rendah “selalunya paling kurang mampu bertindak balas terhadap obesiti dan akibatnya”.

Penemuan menganggarkan bahawa peningkatan kadar obesiti di seluruh dunia akan memberi kesan yang ketara kepada ekonomi global, menyamai 3% daripada KDNK global.

Data yang diterbitkan dalam laporan itu akan dibentangkan kepada PBB pada hari Isnin hadapan.

Obes adalah istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai lebihan lemak badan yang tinggi.

Laporan itu dipercayai menggunakan indeks jisim badan (BMI) untuk membuat penilaiannya. BMI dikira dengan membahagikan berat orang dewasa dengan kuasa dua ketinggian mereka.

Sumber: BBC News

The post Separuh Penduduk Dunia Dijangka Akan Hidapi Obesiti Menjelang 2035 – Kajian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*