Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Papan Tanda “AH” Di Lebuhraya

Sesetengah Lebuhraya Ada Papan

Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Papan Tanda “AH” Di Lebuhraya

Seperti yang kita ketahui, papan tanda jalan raya berfungsi untuk memberi panduan, amaran, larangan dan maklumat kepada pengguna jalan raya.

Sebagai pengguna jalan raya, sudah tentu ada perasan dengan perbezaan setiap papan tanda ini. Ada yang warna biru, hijau, coklat dan ada juga yang ada huruf dan nombor. Ia membuat kita tertanya-tanya, apakah makna di sebalik warna dan huruf tersebut.

Jika anda perasan, terdapat papan tanda AH2 dengan latar hitam selain daripada papan tanda susur keluar. Namun, hanya segelintir orang saja tahu apa maksud disebalik papan tanda tersebut.

AH2 dikenali sebagai Asian Highway atau Lebuhraya Asian

Menurut portal Road Traffic Technology, AH adalah singkatan kepada Asian Highway atau Lebuhraya Asian.

AH adalah rangkaian lebuhraya sepanjang 141,000km yang merentasi 32 negara setakat ini dan turut menghubungkan Asia dengan Eropah. Pembinaan lebuhraya ini sentiasa berjalan serta ditambah baik dari semasa ke semasa.

Road Traffic Technology berkata, AH adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan Darat Asia (ALTID).

Pembinaannya juga turut disokong oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).

Sudah 50 tahun projek Rangkaian Lebuhraya Asia dilaksanakan di seluruh dunia

Projek berkenaan dimulakan pada 1959, fasa pertama projek berjalan dengan baik selama sedekad dari 1960 hingga 1970. Namun, proses pembangunan mula perlahan akibat penggantungan bantuan kewangan pada 1975.

Projek tersebut kemudian diteruskan semula pada era 80-an dan 90-an selepas keadaan politik dan perkembangan ekonomi semakin baik.

Pada 1992, pembangunan AH seterusnya diletakkan sebagai sebahagian daripada ALTID.

Seterusnya, Perjanjian Antara Kerajaan (IGA) berkenaan projek ini berjaya diwujudkan dalam satu persidangan yang diadakan di Bangkok pada November 2003.

Susulan itu, sebanyak 23 negara kemudian menandatangani IGA ketika sesi ke-60 suruhanjaya ESCAP yang diadakan di Shanghai pada April 2004. Bilangan negara yang mengambil bahagian sebanyak 28 buah negara pada 2007 yang kemudian meningkat kepada 32 buah negara pada 2008.

Dalam projek berkenaan, China merupakan pelabur terbesar diikuti India dan Rusia.

Antara negara yang terlibat dalam projek Lebuhraya Asia 

Menurut portal itu lagi, AH merentasi beberapa negara di seluruh dunia.

AH terbentang merentasi Afghanistan (4,247km), Armenia (958km), Azerbaijan (1,442km), Bangladesh (1,804km) dan Bhutan (167km).

Manakala di Kemboja pula, AH dibina sepanjang 1,339km, di China sehingga 25,579km, Korea Selatan (1,320km) dan Georgia (1,154km).

Lebuhraya itu seterusnya melalui kawasan sepanjang 11,432km di India, 3,989km di Indonesia, 11,152km di Iran, 1,200km di Jepun, 13,189km di Kazakhstan dan 1,695km di Kyrgyzstan.

Kemudian, diteruskan sepanjang 2,297km di Laos, 1,595km di Malaysia, 4,286km di Mongolia, 3,003km di Myanmar, 1,321km melalui Nepal, 5,377km di Pakistan, 3,517km di the Filipina, 907km di Korea Selatan, 16,869km di Rusia dan 19km di Singapura.

Laluan AH di sepanjang sistem jalan raya antarabangsa, merangkumi 32 negara

Secara keseluruhan, jalan-jalan ini dibahagikan daripada AH1 hingga AH83. Manakala AH2 adalah laluan sepanjang 13,107km yang ada di dalam AH.

Laluan ini bermula dari Denpasar, Indonesia menuju ke Khosravi, Iran merentasi Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Bangladesh, Nepal dan Pakistan.

Sementara itu, AH3 sejauh 7,331 melalui Ulan-Ude, Rusia ke Tanggu, China dan Shanghai, China ke Chiang Rai, Thailand dan Kengtung, Myanmar.

Manakala AH4 sejauh 6,024km dari Novosibirsk, Rusia ke Yarantai, Mongolia dan kemudian dari Urumqi, China ke Karachi, Pakistan.

Perjalanan AH5 dari negara timur iaitu laluan 10,380km bermula dari Shanghai, China ke sempadan Turki-Bulgaria. Ia melalui Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Azerbaijan dan Georgia. Kemudian, ia bersambung ke AH1 di barat Istanbul.

AH6 sepanjang 10,475km menghubungkan Busan, Korea Selatan ke sempadan Rusia-Belarus. Ia kebanyakannya bertepatan dengan Lebuhraya Trans-Siberia dan Laluan Eropah E30.

AH7 merupakan lebuhraya sepanjang 5,868km antara Yekaterinburg di Rusia dan Karachi di Pakistan, manakala AH8 adalah laluan sejauh 4,718km dari sempadan Rusia-Finland ke Bandar Imam di Iran.

Sebahagian laluan Lebuh Raya Asia

Untuk pengetahuan anda, laluan AH10 ke AH29 dan AH100 ke AH299 kebanyakannya di Asia Tenggara.

Selain itu, AH30 hingga AH39 berada di Asia Timur dan AH300 hingga AH399 pula di timur laut Asia. Di Asia Selatan, kod AH yang digunapakai adalah AH40 hingga AH59 dan AH 400 hingga AH 599.

Manakala, AH60 hingga AH89 berada di Asia Utara dan tengah. AH600 hingga AH899 pula ditetapkan bagi laluan di Barat Daya Asia.

BACA: Penyamun Maut, Dilanggar Pemandu Kereta Yang Hendak Disamunnya

Sumber: Road Traffic Technology

The post Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Papan Tanda “AH” Di Lebuhraya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*