Hari SofaX: Raikan Reka Bentuk Rumah Futuristik Dari Keselesaan Sofa Anda

Hari SofaX

PETALING JAYA, 11 Oktober 2023 – SofaX, aplikasi rekabentuk rumah maya perintis Malaysia, mentakrif semula dunia kelengkapan rumah dengan teknologi terkini dan perkhidmatan pembeli peribadi yang inovatif. Sebagai metaverse untuk pemilik rumah, aplikasi SofaX menawarkan pengalaman mendalam untuk membantu pelanggan membayangkan dan mencipta rumah impian mereka, termasuk kemudahan pembelian langsung produk hiasan rumah dan perabot terkemuka. Keazaman syarikat untuk meningkatkan pengalaman dalam hiasan rumah telah menghasilkan pangkalan pengguna yang berkembang pesat, yang melebihi semua batasan dalam bidang rekabentuk rumah maya.  

“Kami memulakan perjalanan ini dengan hasrat untuk mentakrifkan semula pengalaman rekabentuk rumah dengan menjadikannya lebih mudah dan inovatif. Matlamat kami adalah untuk mencipta satu platform yang menyatukan semua proses dengan lancar, iaitu dari konseptualisasi sehingga pembelian dilangsungkan.  Kami terus menekankan pengalaman fizikal dan digital (phygital) untuk pelanggan kami melalui teknologi realiti maya dan pembeli peribadi kami yang berdedikasi untuk memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tanpa tekanan jualan” kata Mac Lai, Ketua Pegawai Operasi.

Hari SofaX

Selain menawarkan perkhidmatan kepada pemilik rumah baru, SofaX turut menawarkan khidmat kepada pemilik hartanah subjualan. Keterangkuman ini memastikan semua individu, tanpa mengira jenis harta yang dimiliki, boleh menggunakan aplikasi dan perkhidmatan ini untuk mencipta dan melengkapi ruang impian mereka. SofaX juga berperanan sebagai penghubung antara pemilik rumah dan peruncit perabot atau penyedia perkhidmatan rekabentuk dalaman dengan menawarkan perkhidmatan pembeli peribadi. Perkhidmatan ini menggabungkan penyelidikan dalam talian dan vision board dengan pengalaman kedai, mewujudkan pengalaman phygital (fizikal + digital) bagi  pemilik rumah. Menerusi model 3D dan teknologi fotorealistik, ia boleh menghasilkan  pelan rumah untuk kediaman  anda sambil  menyediakan hiasan perabot berkualiti tinggi. Perkhidmatan ini serta tawaran khidmat yang lain bukan sahaja memberi manfaat kepada pemilik rumah tetapi juga kepada pemaju hartanah, pereka dalaman dan peruncit kelengkapan rumah dan pembekal perkhidmatan. Tambahan, SofaX juga memperkenalkan sistem mata ganjaran yang membolehkan pengguna memperoleh mata dengan setiap pembelian, yang kemudiannya boleh ditebus sebagai rebat tunai untuk pembelian akan datang.

Hari SofaX

Bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada pelanggan setia, SofaX telah menganjurkan pertandingan ‘Spend and Win’ yang berlangsung dari 16 Mei hingga 15 Ogos 2023, yang mendapat sambutan hebat dengan lebih 2000 penyertaan. Objektif kempen  ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang berpindah ke rumah baru atau menaik taraf rumah sedia ada mereka dengan membeli perabot atau perkhidmatan lain daripada rakan kongsi aplikasi SofaX. 

Para pengguna diberikan satu penyertaan bagi setiap RM1,000 yang dibelanjakan. Semakin  banyak penyertaan yang terkumpul, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah. Pemenang telah diumumkan dan diraikan semasa Hari SofaX di ‘pusat beli-belah ‘the Curve’.  Tiga pemenang hadiah utama menerima hadiah menarik daripada rakan jenama SofaX, antaranya Cuckoo, Daikin, Dyson, Nespresso dan Sonos. Manakala 10 individu yang menerima hadiah saguhati dan 9 pemenang hadiah bulanan bertuah menerima hadiah, kesemuanya berjumlah RM27,000. Selain daripada majlis penyampaian hadiah yang meriah, rakan media turut dijemput untuk menyertai dan meraikan Hari SofaX. Rakan media, pemenang dan pengunjung telah diberikan demonstrasi aplikasi langsung secara eksklusif dan memperoleh cerapan tentang ciri terbaru aplikasi disamping menikmati pemberian daripada rakan kongsi acara, O’Briens, CookX Asia dan Frank Laurent Coffee Roasters serta menerima mata ganjaran SofaX untuk membantu memulakan perjalanan kelengkapan kediaman mereka dengan SofaX..

Hari SofaX

Untuk maklumat lanjut mengenai SofaX dan khidmat yang ditawarkan, layari laman web rasmi  mereka di 

https://www.sofax.com/ 

The post Hari SofaX: Raikan Reka Bentuk Rumah Futuristik Dari Keselesaan Sofa Anda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*