Sila Berjaga-jaga, 15 Daerah Ini Berisiko Dilanda Banjir Kilat Dalam Tempoh 12 Jam

NADMA Keluarkan Notis Kesiapsiagaan Banjir Kilat Di Enam Buah Negeri

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir kilat yang melibatkan enam buah negeri dalam tempoh 12 jam, kira-kira 3.30 petang tadi.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat menerusi akaun Facebook rasmi NADMA, negeri-negeri yang terlibat membabitkan beberapa daerah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di Johor, terdapat empat daerah yang terlibat  iaitu, Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya), Mersing (Mukim Tenglu, Padang Endau, Triang, Bandar Padang Endau serta kawasan sekitarnya), Muar (Mukim Jorak, Bandar Panchor serta kawasan sekitarnya) dan Tangkak (Mukim Grisek serta kawasan sekitarnya).

Bagi Melaka pula, ia melibatkan dua buah daerah iaitu Alor Gajah (Mukim Durian Tunggal, Masjid Tanah, Sungai Baru Ilir serta kawasan sekitarnya) dan Melaka Tengah (Mukim Kaw. Bandar 5, Bandar Bukit Baru Sek. 5, Balai Panjang, Bukit Baru, Pringgit, Bukit Rambai, Bukit Baru, Tanjong Kling, Batu Berendam, Bachang, Bukit Katil, Tanjong Minyak, Tangga Batu, Krubong, Sungai Udang serta kawasan sekitarnya.)

Selain itu, Negeri Sembilan hanya melibatkan satu daerah sahaja iaitu Port Dickson (Mukim Si Rusa, Jimah serta kawasan sekitarnya).

Lokasi berisiko banjir di utara dan tengah Malaysia

Terdapat empat daerah yang terlibat di Perak iaitu Batang Padang (Mukim Sungkai serta kawasan sekitarnya), Hilir Perak (Mukim Changkat Jong, Durian Sebatang serta kawasan sekitarnya), Perak Tengah (Mukim Pasir Salak, Pasir Panjang Hulu serta kawasan sekitarnya) dan Kerian (Mukim Bagan Serai, Gunong Semanggol, Beriah, Kuala Kurau, Parit Buntar serta kawasan sekitarnya).

Seterusnya, Selangor mencatatkan tiga buah daerah, Sepang (Mukim Sepang dan sekitarnya), Petaling (Mukim Petaling, Pekan Serdang, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam serta kawasan sekitarnya) dan Kuala Selangor (Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).

Akhir sekali, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan beberapa lokasi seperti Mukim Petaling, Mukim Kuala Lumpur, Bandar Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya.

Untuk makluman, maklumat ramalan hujan ini ditentukan melalui sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.

Berdasarkan data-data tersebut, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang berlaku secara signifikan di kawasan dinyatakan diatas.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri via Facebook

The post Sila Berjaga-jaga, 15 Daerah Ini Berisiko Dilanda Banjir Kilat Dalam Tempoh 12 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*