Siling BMC Mall Runtuh, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

siling bmc mall runtuh

Siling BMC Mall Runtuh, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

KUALA LUMPUR. — Sekitar jam 12 tengah hari tadi, berlaku satu insiden melibatkan siling runtuh di pusat beli-belah BMC Mall, Mahkota Cheras.

Difahamkan kejadian tersebut tidak menyebabkan berlakunya sebarang kemalangan jiwa.

Perkara itu dimaklumkan pengurusan pusat beli-belah itu menerusi satu kenyataan rasmi di laman Instagram.

“Pelanggan yang dihormati, kami ingin memaklumkan kepada anda satu insiden yang berlaku awal hari ini di BMC Mall. Pada kira-kira jam 12:00 tengah hari, bahagian siling plaster telah runtuh.

“Kami dengan lega hati melaporkan bahawa tiada seorang pun yang mengalami kecederaan ketika kejadian,” maklum BMC Mall.

Tambah pengurusan pusat beli-belah tersebut, pihaknya menegaskan insiden berkenaan tidak menjejaskan struktur utama bangunan itu dan masih dalam keadaan stabil.

Gambar: JBPM Selangor via Astro Awani

Pihaknya juga memberitahu keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, penyewa dan kakitangan mereka sentiasa menjadi keutamaan.

Sehubungan itu, langkah segera juga diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung yang hadir.

Kerja-kerja pembersihan juga sedang giat dijalankan bagi menangani keadaan itu.

BACA JUGA: Pusat Beli Belah Mid Valley Dilaporkan Terbakar

Gambar: JBPM Selangor via Astro Awani

“Kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa pasukan kami sedang menjalankan siasatan secara aktif bagi mengenal pasti punca kejadian sepenuhnya.

“Buat waktu ini, beberapa kawasan dalam pusat membeli-belah tidak dapat diakses buat sementara waktu ketika pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan dilaksanakan oleh kami.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai sokongan anda pada masa ini,” maklum BMC Mall dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, pihaknya komited bagi menyediakan persekitaran yang selamat dan menjamin keselamatan pelanggan mereka.

Sehubungan itu, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya dan langkah berjaga-jaga juga telah diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa hadapan.

“Kami akan terus memaklumkan anda tentang perkembangan semasa keadaan melalui saluran media sosial rasmi dan laman web kami.

“Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak pengurusan pusat membeli-belah kami di info@bmcmall.my.

“Kami menghargai kepercayaan anda secara berterusan terhadap BMC Mall dan kami berterima kasih atas sokongan anda semasa kami berusaha menyelesaikan perkara ini dengan segera,” kata BMC Mall lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BMC Mall (@mybmcmall)

Sumber: Instagram BMC Mall

The post Siling BMC Mall Runtuh, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*