Sindiket Penawaran Kerja: SPA Nafi Beri Maklumat Calon Kepada Pihak Tertentu

Sindiket Penawaran Kerja: SPA Nafi Beri Maklumat Calon Kepada Pihak Tertentu

Sindiket Penawaran Kerja: SPA Nafi Beri Maklumat Calon Kepada Pihak Tertentu

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menafikan bahawa telah memberikan maklumat calon kepada pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan.

Dalam satu siaran media pada Jumaat lalu, SPA turut memaklumkan bahawa tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menawarkan pekerjaan bagi pihaknya.

“SPA telah menerima aduan mengenai agensi yang menawarkan pekerjaan dalam platform Whatsapp yang membuat hantaran mesej kepada mangsa yang mendakwa mendapat nombor telefon daripada SPA.

“Terdapat kemungkinan platform media sosial lain yang digunakan bagi menjalankan aktiviti yang sama,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, SPA ingin menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penipuan seperti itu.

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

The post Sindiket Penawaran Kerja: SPA Nafi Beri Maklumat Calon Kepada Pihak Tertentu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*