Singapura Dan Malaysia Komited Kongsi Kepakaran Dalam Bidang Pertanian Moden

KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI 2023 – Kepentingan membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian adalah antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan hormat TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur
pada Rabu, 16 Februari 2023.

Pertemuan ini adalah penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan. Mohamad turut menyatakan bahawa kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura.

Dalam masa yang sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia. Tambahan pula, Singapura bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakarannya dalam bidang pertanian pintar.

Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia. Untuk rekod, daripada Januari hingga Oktober 2022, nilai perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Singapura adalah berjumlah RM15.99 bilion.

Kedua-dua negara bersedia untuk memberikan komitmen bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan matlamat untuk menjamin sumber bekalan makanan yang mampan dan berterusan.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS dan pegawai-pegawai kanan MAFS serta wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia.

The post Singapura Dan Malaysia Komited Kongsi Kepakaran Dalam Bidang Pertanian Moden appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*