Sorakan Gamat Sambut Park Seo Joon Di Sunway Pyramid

peminat park seo joon sunway pyramid

Sorakan Gamat Sambut Park Seo Joon Di Sunway Pyramid

Sunway Pyramid hari gamat seketika dengan kumpulan peminat tempatan menyambut kehadiran bintang drama What’s Wrong with Secretary Kim (2018) yang tiba di Malaysia.

Suasana meriah berkenaan dapat melihat menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok Astro Awani sebentar tadi.

Difahamkan, kehadiran pelakon kacak Korea Selatan, Park Seo Joon itu ke Malaysia adalah sebahagian daripada kempen #PSJSahabatMILO.

@501awani

Wow! Semua dah ready nak jumpa Park Seo Joon ❤️‍🔥 #PSJSahabatMilo #AWANInews

♬ original sound – Astro AWANI – Astro AWANI🇲🇾

Peminat Park Seo Joon datang membanjiri Sunway Pyramid

Dalam video tersebut, dapat dilihat seluruh koridor pusat membeli belah tersebut dipenuhi para peminatnya. Ini dapat difahami memandangkan bertemu dengan pelakon kegemaran ramai itu merupakan salah satu impian terbesar peminat tempatannya.

Suara jeritan penuh bertenaga dapat didengar dengan jelas sebaik sahaja pelakon itu diumum akan tiba di lokasi berkenaan tidak lama lagi.

Sebelum ini, MILO telah memaklumkan bahawa pihaknya bakal membawa aktor tersebut ke Malaysia pada Februari sebagai sebahagian daripada kempen #PSJSahabatMILO.

Walau bagaimanapun, jumlah peminat yang dapat bertemu dengan pelakon tersebut dalam sesi lebih tertutup adalah terhad yang hanya melibatkan beberapa ratus orang sahaja.

Ini disebabkan, para peminat yang ingin bertemu Park Seo Joon perlu menyertai peraduan yang dianjurkan oleh MILO terlebih dahulu.

Untuk menyertai peraduan tersebut, peserta perlu membeli beberapa produk MILO terpilih dengan nilai belian minimum RM 120 dalam satu resit.

Kemudian, peserta perlu mengisi maklumat peribadi pada ruang yang disediakan pada resit pembelian produk berkenaan.

Akhir sekali, mereka perlu menghantar gambar resit pembelian tersebut menerusi nombor telefon yang disediakan pihak MILO.

Difahamkan, sesi tertutup peminat bersama bintang Sahabat MILO tersebut hanya melibatkan 300 peminat. Mereka yang bertuah dipilih menerusi peraduan tersebut. Antaranya mereka berpeluang untuk menyertai sesi minum MILO bersama pelakon berkenaan.

Walau bagaimanapun, orang awam masih boleh hadir ke Sunway Pyramid dan menyambut ketibaan pelakon berkenaan. Acara tersebut berlangsung bermula pukul 11.00 pagi sehingga 3 petang hari ini.

Dilantik sebagai Sahabat MILO

Pada Ogos tahun lepas MILO mengumumkan variasi produknya yang menampilkan wajah tampan pelakon Korea Selatan tersebut.

Memetik laporan Marketing Interactive, MILO dan Park Seo Joon telah berkolaborasi dengan pelbagai pilihan produk MILO.

Suara pelakon tersebut telah digunakan dalam kempen promosi produk tersebut dan dialih suara kepada beberapa bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

BACA: ‘Oppa’ Park Seo Joon Datang Malaysia Tak Lama Lagi

Sumber: Astro Awani via TikTok 

The post Sorakan Gamat Sambut Park Seo Joon Di Sunway Pyramid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*