Suami Isteri Nekad Jual Bermacam Barang Semata Nak Sewa Jet Peribadi Bawa Anjing “Travel”

Sewa Jet Peribadi Bawa Anjing "Travel"

Suami Isteri Nekad Jual Bermacam Barang Semata Nak Sewa Jet Peribadi Bawa Anjing “Travel”

Pasangan, Melanie Demi dan suaminya, Albert dipercayai telah menyewa sebuah jet peribadi yang hampir setengah juta untuk membawa anjing peliharaannya mengelilingi dunia, lapor Metro UK.

Difahamkan, pasangan tersebut telah membelanjakan sekitar £80,000 (RM419, 399 ) bersamaan dua tahun wang simpanan semata-mata untuk merealisasikan impian mereka.

Malah, pasangan itu juga merancang perjalanan dari New York ke Paris dengan menyewa jet peribadi dan difahamkan mencari 10 orang untuk menuju ke Eropah bersama dengan mereka.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Hal ini juga disebabkan anjing baka Great Dane, Lucas dikatakan terlalu ‘berat’ untuk melakukan perjalanan dalam kargo kapal terbang biasa ditambah pula dengan satu-satunya kapal persiar mesra haiwan tidak menerima baka tersebut dalam kapalnya.

Bawa anjing keliling dunia
Kredit: Melanie Demi via Metro UK

Didorong oleh keinginan yang kuat untuk membawa anjing bersiar-siar, pasangan tersebut sanggup menyimpan kira-kira RM235,912 ($45,000) dalam masa dua tahun dan telah menjual semua barangan yang mereka ada sehingga mampu untuk menyewanya.

Bagaimanapun, tiga anjing tersebut, Great Dane, Lucas, Golden Retriever, Cooper dan campuran Dachshund, Brooklyn dikatakan telah mengembara enam negara setakat ini iaitu Perancis, Jerman, Austria, Czechia, England, dan Scotland. Malah, mereka merancang untuk meneruskan perjalanan sehingga November 2023 sebelum pulang ke Texas.

Bawa anjing keliling dunia
Kredit: Melanie Demi via Metro UK

“Saya fikir anjing-anjing itu sangat menikmatinya. Orang di media sosial bertanya mengapa kami tidak meninggalkan mereka (anjing) di rumah.

“Anjing-anjing itu mungkin tidak tahu keberadaan mereka sekarang, tetapi mereka suka meneroka tempat-tempat baharu malah dengan membawa mereka tidak dinafikan akan menciptakan satu kenangan yang indah.

“Duduk di kaki Menara Eiffel dan melihat mereka berguling di atas rumput di mana ia akan dapat melihat pelbagai haiwan perliharaan yang lain atau berlari di pantai Edinburgh, semuanya luar biasa,” kata Melanie.

Bukan hanya itu, malah Melanie turut mengucapkan rasa syukur kerana dapat melakukan perjalanan tersebut tetapi dia dikatakan sangat ‘bertuah’ apabila perjalanan tersebut dilakukan dengan anjing kesayangannya.

Bawa anjing keliling dunia
Kredit: Melanie Demi via Metro UK

Bekerja sebagai perunding pemasaran dan eksekutif akaun membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangi kerja dengan aktiviti tersebut, malah pasangan itu juga dikatakan telah merancang dua pengembaraan besar untuk membawa anjing mereka ke pantai.

Pada ketika ini, Melanie dan Albert dipercayai berada di Edinburgh untuk bersiar-siar termasuk menuju ke French Riviera sebelum berpindah ke Florence, Itali.  Difahamkan mereka juga akan pergi ke Croatia dan Kosova dan singgah di Albania untuk melawat saudara-mara Albert.

Destinasi terakhir mereka akan berakhir di Jerman untuk mengikuti Oktoberfest seterusnya ke Piala Dunia Ragbi dan kembali ke Perancis.

Sumber: Metro UK

The post Suami Isteri Nekad Jual Bermacam Barang Semata Nak Sewa Jet Peribadi Bawa Anjing “Travel” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*