‘Subuh Macam Jumaat’, Lebih 500 Geng RXZ Turun Subuh Berjemaah

lebih 500 penunggang RXZ

‘Subuh Macam Jumaat’, Lebih 500 Geng RXZ Turun Subuh Berjemaah

Lebih 2,000 individu dilapor telah menyertai kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Al-Wathiqu Billah, Terengganu pada pagi tadi.

Memetik Sinar Harian, jemaah memenuhi hampir semua ruang solat masjid ketika azan Subuh sedang dilaungkan.

Dalam pada itu, kempen solat subuh berjemaah itu turut disertai oleh lebih 500 penunggang motosikal RXZ dari sekitar Terengganu.

Penganjur program RXZ Members Subuh Warrior, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, kumpulan itu telah berkumpul di masjid tersebut seawal jam 5 pagi dalam memenuhi tuntutan rukun Islam kedua itu.

“Usaha ini dapat menarik minat masyarakat terutama golongan muda datang ke masjid sekali gus menghidupkan suasana masjid pada waktu Subuh.

“Kita himpunkan anak muda supaya memenuhi ruangan masjid. Program pada kali ini juga diadakan pelbagai aktiviti termasuk solat tahajud (bagi mereka yang awal datang sebelum Subuh).

“Selain itu, solat subuh berjemaah, kuliah subuh, jamuan dan program riadah selepas Subuh di mana ada pergi melakukan aktiviti riadah seperti jogging, berbasikal dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

lebih 500 penunggang RXZ
Kredit Sinar Harian

Kempen itu akan diteruskan ke lokasi pilihan yang lain

Menurut Mohamad Faizal lagi, gerakan kempen solat subuh secara berjemaah itu akan diteruskan ke lokasi pilihan lain di negeri tersebut.

“Usaha ini tidak akan berhenti dan ia akan berterusan terutama pada bulan Ramadan di mana pelbagai aktiviti di adakan antaranya sahur berjemaah dan qiamullail untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid.

“Selepas ini, kita akan bergerak ke masjid-masjid lain di sekitar Kuala Terengganu dan daerah lain.

“Kita mahu memastikan orang ramai menjadikan solat Subuh secara berjemaah ini sebagai rutin harian mereka sekali gus komited datang ke masjid setiap hari,” jelasnya.

Sebelum ini, kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ telah dicetuskan oleh selebriti dan juga penyanyi popular, Alif Satar.

Kempen yang dicetuskan olehnya itu dengan pantas telah mendapat reaksi positif dan menjadi ikutan di seluruh negara.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Subuh Macam Jumaat’, Lebih 500 Geng RXZ Turun Subuh Berjemaah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*