Wanita Kongsi Beli Barang Dapur Tak Lebih AUD50 Di Australia Raih Perhatian Warga Maya

barang dapur australia

Wanita Kongsi Beli Barang Dapur Tak Lebih AUD50 Di Australia Raih Perhatian Warga Maya

Setiap bulan, pasti kita akan keluar ke pasar raya atau kedai untuk membeli barangan keperluan harian.

Kebiasaannya, kita tentunya sudah merancang perbelanjaan seperti menetapkan kadar perbelanjaan dapur untuk memastikan mengikut pengurusan kewangan supaya lebih sistematik.

Pun begitu, kadangkala barangan tertentu akan habis sebelum hujung bulan dan memerlukan kita ‘restock’ kembali.

Baru-baru ini, seorang pencipta kandungan dan pemasaran digital, Zatul Iffah berkongsikan kehidupan hariannya di Melbourne, Australia.

Tidak dinafikan video yang dimuat naik di platform TikTok telah mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi berkenaan barangan dapur yang dibeli dengan hanya wang berjumlah AUD 50 (sekitar RM150).

beli barangan dapur australia
Gambar: TikTok @zatul.iffah

“Jom habis AUD 50 dengan saya. Korang suka pergi pasar?” tulisnya dalam muat naik tersebut.

Klip berdurasi 45 saat itu memaparkan wanita tersebut membeli pelbagai barangan dan dia juga meletakkan harga pada setiap barangan yang dibeli.

Antara barangan yang dibelinya termasuklah kunyit (AUD 1), anggur (AUD 1), daging kisar satu kilogram (kg) (AUD 10), ikan dua kg (AUD 10), buah peach (AUD 1.80), pisang (AUD 1.50), kiwi (AUD 2.40), ubi keledek (AUD 1), sos tiram (AUD 7.80), kobis (AUD 1), bayam (AUD 1), salad (AUD 2), keutiau (AUD 3.50) dan pes tomyam (AUD 4.70).

Maklumnya dalam video berkenaan, jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar olehnya tidak kurang daripada AUD 50.

“Jadi, jumlah berbelanja laju-laju hari ini adalah AUD 49.70,” ujarnya dalam video itu.

Gambar: TikTok @zatul.iffah

BACA: Raih Hampir 9 Juta “Views” Di TikTok, Ini Resipi Ayam Bakar Air Fryer

Komen warga maya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut melihat barangan yang dibeli dengan harga tersebut. Sesetengah mereka ada juga yang memuji sistem yang diterapkan oleh negara tersebut.

Selain itu, perasaan ingin tahu mengenai kehidupan di sana turut terserlah dalam kalangan netizen selepas melihat video yang dikongsikan Zatul.

Berikut antara komen netizen mengenai video tersebut;

“Murahnya,” komen salah seorang pengguna.

“Murah juga sebenarnya untuk penduduk sana. Gaji tolak beli barang dapur, baru berapa peratus gaji yang dia guna,” tulis seorang lagi pengguna.

“Nak tau juga harga sewa rumah, utiliti-utiliti, perubatan semua tu,” kata seorang lagi warga maya.

“Awak tinggal kawasan mana? Tolong senaraikan semua stor yang awak beli. Saya juga nak beli,” komen seorang lagi.

@zatul.iffah

Jom habiskan $50 dengan sayaaaa. #migrate #australia Korang suka pergi pasar ?

♬ original sound – Iffah – Iffah 🇦🇺

Sumber: TikTok @zatul.iffah

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Wanita Kongsi Beli Barang Dapur Tak Lebih AUD50 Di Australia Raih Perhatian Warga Maya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*