Surat Tawaran Haji Akan Mula Dikeluarkan Hari Ini – TH

th tawaran haji 2024

Surat Tawaran Haji Akan Mula Dikeluarkan Hari Ini – TH

KUALA LUMPUR — Surat tawaran haji kepada jemaah terpilih bagi musim 1445 Hijrah atau 2024 masihi akan mula dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, lapor Bernama.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengumumkannya dalam satu sidang media diadakan di Dewan Besar, Menara TH.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebanyak 31,600 orang rakyat Malaysia dibenarkan melakukan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Ia selepas kerajaan Arab Saudi menetapkan jumlah kouta tersebut. Difahamkan, jumlah tersebut adalah sama pada tahun 2023.

Pada sidang media hari ini juga TH  bakal mengumumkan kos atau perbelanjaan musim haji kali ini. Tahun lalu, kos haji adalah sebanyak RM30,850.

Berlaku Kenaikan Tahun Ini – TH

Lembaga itu sebelum ini memaklumkan kos perbelanjaan akan berlaku kenaikan dan ia berada di luar kawalan mereka.

Kebiasaannya, inflasi dengan pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) di Arab Saudi dan pergerakan mata wang asing di antara ringgit, riyal dan dolar Amerika Syarikat antara faktor yang mendorong peningkatan ini setiap tahun.

Maklumat lanjut akan menyusul

BACA: Lebih 1.2 Juta Orang Dah Daftar PADU

Sumber: Bernama, Astro Awani

The post Surat Tawaran Haji Akan Mula Dikeluarkan Hari Ini – TH appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*