Syor Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi Bukan Keutamaan KPM Ketika Ini – Fadhlina

sesi persekolahan 8 pagi

Syor Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi Bukan Keutamaan KPM Ketika Ini – Fadhlina

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) – Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat sebarang ketetapan berhubung cadangan sesi persekolahan di Semenanjung dianjakkan kepada pukul 8 pagi, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berkata KPM mengambil maklum cadangan itu dan pandangan yang dibuat pelbagai pihak berhubung syor itu, namun pihaknya memutuskan ia bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan ketika ini.

“Kita mendengar pandangan itu tetapi pastinya kementerian juga perlu mengambil kira maklum balas ibu bapa serta semua pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan.

Saya pasti semua cadangan ini akan saya ambil kira tetapi untuk hari ini tidak ada ketetapan yang kita buat berkaitan cadangan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) 2023 di sini hari ini.

Beberapa hari lepas, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad mencadangkan kerajaan menetapkan sesi persekolahan di Semenanjung bermula 8 pagi.

Katanya, langkah itu bagi memastikan guru, ibu bapa dan anak mempunyai masa mencukupi bagi mengatur jadual perjalanan masing-masing.

Sesi persekolahan ketika ini bermula pukul 7.30 pagi.

Terdahulu, Fadhlina dalam ucapannya mahu NUTP terus menjadi rakan strategik KPM dengan melakukan proses semak dan imbang terhadap setiap dasar serta penambahbaikan dalam sektor pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan kementerian.

“Saya yakin dengan peranan yang boleh dimainkan NUTP, khususnya dalam soal menjaga kebajikan warga guru dan atas faktor itu saya tidak keberatan melantik Presiden NUTP sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

BACA: “Walau Satu Aduan Saya Ulang, Jangan Ambil Mudah” – Fadhlina Sidek

Sumber: Bernama

The post Syor Sesi Persekolahan Bermula 8 Pagi Bukan Keutamaan KPM Ketika Ini – Fadhlina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*