Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Ayam Geprek, Ayam Penyet & Ayam Gepuk

beza ayam geprek ayam penyet

Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Ayam Geprek, Ayam Penyet & Ayam Gepuk

Pada suatu ketika dulu, rakyat Malaysia diperkenalkan dengan sajian Indonesia, ayam gepuk. Hidangan ringkas itu menyajikan ayam dan juga sambal.

Dengan hanya sekilas pandangan, hidangan itu terlihat biasa, namun apa yang membuatkan ia luar biasa ialah sambal, yang merupakan ‘watak utama’ dalam sajian itu.

Setelah mencuba buat kali pertama, pasti akan datang kembali untuk merasa kesedapan sambal tersebut.

Ia dihidangkan dengan ayam yang rangup dan sambal cili yang pedas hingga mampu memikat selera orang ramai.

Apa beza ayam geprek, ayam penyet & ayam gepuk?

Awalnya, ramai yang menganggap ayam geprek, ayam penyet dan ayam gepuk adalah sajian yang sama kerana cara penyediaannya seakan serupa.

Oleh sebab itu, ramai yang menganggap setiap hidangan ayam rangup yang mempunyai sambal itu adalah ayam gepuk, walaupun ia berbeza.

Walaupun sajian itu sudah lama terkenal, namun masih ada yang keliru dan tidak tahu bagaimana untuk membezakan hidangan itu.

Ketiga-tiga jenis makanan ini asalnya mempunyai persamaan iaitu ayam goreng yang ditumbuk dalam lesung dan disapu sambal.

Jadi sebenarnya, apa yang membuatkan hidangan itu berbeza antara satu sama lain? Mari ketahuinya di bawah ini.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Ayam Geprek

Kredit: Idn Times

Merujuk Idn Times, hidangan ini merupakan antara yang popular dalam ketiga-tiga sajian itu. Ayam geprek biasanya menggunakan ayam tanpa tulang.

Sebelum digoreng, ia disalut dengan tepung berperisa kemudian goreng seperti biasa.

Setelah siap dimasak, ayam itu perlu ditumbuk menggunakan lesung sehingga hancur bersama sambal.

Perkara ini dibuat supaya sewaktu makan, anda tidak perlu lagi memotong ayam dengan sudu atau mencubit isinya.

Itu merupakan kelebihan ayam geprek kerana cara makannya yang praktikal tanpa perlu membuang tulang semasa makan.

Biasanya ayam geprek dihidangkan bersama sambal bawang yang pedas dan sedap. Walau bagaimanapun, apabila ia menjadi semakin popular, terdapat banyak varian yang dikeluarkan.

Seperti ayam geprek yang dihidangkan dengan keju mozzarella cair atau ayam goreng bersama sos telur masin.

BACA JUGA: Mudah Nak Buat, Resipi Ayam Goreng Ala Indonesia Untuk Hidangan Ayam Penyet Bikin Terliur

Ayam penyet

Kredit: Idn Times

Bagi ayam penyet pula, sebelum digoreng atau dipukul biasanya ayam akan dilumuri dengan rempah kuning sehingga ia meresap.

Rasa yang ada pada ayam penyet membuatkan ia lebih sedap daripada ayam geprek.

Sajian ini boleh dikatakan salah satu keistimewaan di Indonesia dan menggunakan belahan ayam seperti dada, paha dan juga bahagian lain.

Perbezaan lain ialah sambal dalam hidangan ini hanya disapukan di atas ayam, yang diperbuat daripada tomato atau pes cili.

Hasilnya, ayam terlihat sedikit leper, tetapi tidak dihancurkan.

Namun ia tetap disajikan dengan sambal yang divariasikan, sama ada sambal cili hijau mahupun sambal cili bawang.

Ayam gepuk

Kredit: Idn Times

Menurut Idn Times lagi, ayam gepuk ini boleh dikatakan gabungan antara ayam geprek dan ayam penyet.

Sebelum ayam geprek dimodenkan, ayam gepuk telah muncul terlebih dahulu pada tahun 2013.

Sebuah restoran bernama Ayam Gepuk Pak Gembus telah ditubuhkan di Jakarta dan ia merupakan sajian ayam gepuk pertama yang dirasai kebanyakan rakyat Malaysia.

Ayam gepuk ini juga menggunakan ayam yang digoreng garing. Sajian itu disajikan bersama sambal cili bawang putih yang sangat pedas berbanding dua sajian di atas.

Ayam gepuk ini tidak ditumbuk seperti ayam geprek tetapi hanya dipukul menggunakan lesung sama seperti ayam penyet.

Selepas sudah mengetahui perbezaan tiga hidangan itu, selepas ini bolehlah menikmatinya dengan berselera. Semoga bermanfaat.

Sumber: Idn Times

The post Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Ayam Geprek, Ayam Penyet & Ayam Gepuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*