Tayangan Pra-Tonton Filem “Anwar, The Untold Story”, PM Dijangka Hadir

Anwar The Untold Story

Tayangan Pra-Tonton Filem “Anwar, The Untold Story”, PM Dijangka Hadir

SHAH ALAM  — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir dalam majlis tayangan pra-tonton filem “Anwar, The Untold Story”.

Memetik Sinar Harian, tayangan filem itu bakal diadakan di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin. Perkara itu diumumkan oleh DMY Creation dan Yusrych Global dalam satu kenyataan hari ini.

PM Hadir Filem Anwar, The Untold Story

Pada jam 7 petang, majlis tayangan akan dihadiri oleh para tetamu sebelum kehadiran Ahli Parlimen Tambun itu pada 8.30 malam.

Tayangan filem itu bakal dipertontonkan pada pukul 9 malam dan diikuti sidang media pada jam 10,30 malam.

Difahamkan, Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu bakal menjadi tetamu kehormat bersama 258 VIP lain yang terdiri daripada industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.

Antara VIP yang diramal hadir pada esok malam termasuklah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

BACA JUGA: Guna Cawan Polisterin Je, Ini Tips Pasang Langsir Nampak Lagi Kemas & Cantik

Selain itu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin; komposer dan penyanyi terkenal, Datuk Seri M Nasir, pengasas DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff;

Tidak dilupakan juga pelakon, Fauziah Ahmad Daud; penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan; pengarah, Datuk Yusof Haslam; pengarah, Datuk David Teo dan lain-lain.

Filem Anwar, The Untold Story

Untuk makluman, filem arahan pengarah dari Indonesia, Viva Westi mempersembahkan barisan pelakon tersohor. Antaranya Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim.

Manakala Acha Septriasa memegang peranan sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Filem ini menceritakan perjalanan seorang ahli politik, Anwar yang terpaksa berdepan dengan pelbagai liku dan cabaran dalam memperjuangkan ideologi menentang korupsi yang berlaku dalam negara.

Filem ini merupakan adaptasi dari kisah yang berlaku sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan selaku Menteri Kewangan dari 1993 hingga dipecat pada 1998.

Kos Perbelanjaan

Dianggarkan kos penerbitan filem ini menelan belanjawan sebanyak RM10 juta. Selain itu, penggambaran filem terbitan Bianglala Entertainment ini dilaksanakan di dua negara, Malaysia dan Indonesia.

Filem ini dijangka secara rasmi ditayangkan di seluruh pawangan pada tahun 18 Mei nanti.

BACA JUGA: Filem Anwar, The Untold Story Temui Penonton Mei Ini

Sumber: Sinar Harian, DMY Creation dan Yusrych Global 

The post Tayangan Pra-Tonton Filem “Anwar, The Untold Story”, PM Dijangka Hadir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*