Terdengar Bisikan, Lelaki Nekad Tikam Pelajar Perempuan Hingga Mati Guna Pisau Dapur

Tikam Pelajar Perempuan Hingga Mati

Terdengar Bisikan, Lelaki Nekad Tikam Pelajar Perempuan Hingga Mati Guna Pisau Dapur

Seorang lelaki yang baru tiga hari bebas dari penjara tergamak menikam seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun hingga mati ketika dia turun dari bas sekolah di wilayah Roi Et di timur laut Thailand, lapor The Thaiger.

Penyerang berusia 36 tahun itu dilaporkan telah mengikuti bas sekolah dinaiki mangsa dengan menggunakan motosikal sehingga tiba di Sekolah Ban Lao Wittayakhan pada jam 8 pagi.

Semasa pelajar berkenaan turun dari bas, suspek telah melompat dan menikamnya.

Suspek telah mengheret mangsa keluar dari bas dan terus menikamnya. Dua guru berjaya melepaskannya dan mangsa dikejarkan ke Hospital Roi Et di mana dia akhirnya dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan, mangsa telah ditikam sebanyak tiga kali. Tikaman pertama di leher dan dua lagi di dada mangsa.

Polis juga telah berjaya menahan dan menangkap suspek pembunuhan itu. Menurut polis, suspek baru sahaja 3 hari dibebaskan dari penjara selepas ditahan kerana melakukan serangan.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Pol. Lt. CI. Natsat Sawatphon dari Balai Polis Mueang Roi Et di timur laut Thailand berkata, suspek mempunyai sejarah penyakit mental tetapi tidak mengambil dadah. Dia mempunyai sejarah keganasan, serangan fizikal dan penggunaan senjata termasuk senjata api dan pisau, kata pegawai itu.

Suspek memberitahu polis bahawa dia menikam mangsa sehingga mati kerana dia marah kepada mangsa. Suspek percaya bahawa mangsa telah meracuninya sehingga menyebabkannya mengalami cirit-birit.

Pembunuh memberitahu polis bahawa dia sedang duduk di luar rumahnya apabila mendengar suara si mati berkata, “Saya akan memberi anda makan racun herba ‘Anjing Merah’.”

Suspek pun kemudiannya mengalami cirit-birit selama beberapa hari dan yakin bahawa mangsa yang berusia 14 tahun itu telah meracuninya.

Mej Jeneral Achayon Kraithong, jurucakap Agensi Polis Negara berkata bahawa sebelum ini suspek mempunyai masalah dengan ibu bapa kanak-kanak itu dan juga dia mempunyai sejarah penyakit mental.

Suspek telah didakwa melakukan pembunuhan dengan niat. Dia juga diuji negatif untuk kandungan alkohol dan dadah sewaktu kejadian itu berlaku.

Pisau dapur berukuran 30 sentimeter dan sampel darah dari tempat kejadian telah dirampas sebagai bukti.

Sumber: The Thaiger

The post Terdengar Bisikan, Lelaki Nekad Tikam Pelajar Perempuan Hingga Mati Guna Pisau Dapur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*