Tiga Termasuk Suami Isteri Didakwa Terima Wang Deposit Tanpa Lesen

Tiga termasuk suami isteri

Tiga Termasuk Suami Isteri Didakwa Terima Wang Deposit Tanpa Lesen

SUNGAI PETANI, 13 Dis (Bernama) — Sepasang suami isteri dan seorang lagi individu mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat pertuduhan menerima deposit tanpa lesen berjumlah hampir RM50,000 kira-kira tiga tahun lepas.

Tertuduh berusia 57, yang merupakan pengarah sebuah syarikat, isterinya 49 tahun, yang juga kerani kewangan di syarikat sama dan seorang bekas pengarah syarikat itu yang berusia 41.

Di hadapan Hakim Azman Abu Hassan, ketiga-tiga tertuduh menghadapi satu pertuduhan iaitu secara bersama menerima wang deposit tanpa lesen yang sah sebanyak RM17,000 daripada pemberi, 38 tahun, di Perdana Height di sini antara 11.47 pagi hingga 11.52 pagi pada 10 Nov 2020.

Sementara itu, di hadapan Hakim Roslan Hamid, ketiga-tiga tertuduh menghadapi tiga pertuduhan secara bersama menerima wang deposit sebanyak RM11,385, RM6,000 dan RM15,000 daripada individu sama tanpa lesen yang sah di lokasi sama antara 9 Mac 2020 hingga 30 Sept 2020.

Kesemua pertuduhan di kedua-dua mahkamah berkenaan didakwa di bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Hakim Azman dan Hakim Roslan masing-masing membenarkan jaminan RM10,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh dan menetapkan 16 Jan tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hamizah Mat Shah dan Zulfadzly Hassan, sementara ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ummi Kalthum Zakaria.

BACA: Rekod ‘Luar Biasa’ MU, Kelab EPL Pertama Bolos 15 Gol Peringkat Kumpulan UCL

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Termasuk Suami Isteri Didakwa Terima Wang Deposit Tanpa Lesen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*