Pelakon Filem Fight Back To School, Kathy Chow Meninggal Dunia

Kathy Chow meninggal dunia

Pelakon ‘Fight Back To School’, Kathy Chow Disahkan Meninggal Dunia

Pelakon popular Hong Kong, Kathy Chow Hoi-mei dilapor meninggal dunia pada Isnin lalu, lapor CNA.

Berita kematian Chow, 57,  diumumkan oleh studio yang mewakilinya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Weibo pada petang semalam.

Menurut kenyataan itu, Chow dilapor meninggal dunia selepas rawatan untuk merawat penyakitnya yang tidak dinyatakan tidak berjaya.

Chow yang merupakan peserta Miss Hong Kong 1985 pernah menjadi pelakon utama dalam pelbagai peranan TVB pada akhir 1980-an dan 1990-an.

Antara filem yang berjaya mengangkat nama Chow adalah The Feud Of Two Brothers (1986), Looking Back In Anger (1989) dan Fight Back To School III (1993).

Pada 2003, Chow kemudiannya berpindah ke Beijing dan membuat kemunculan dalam beberapa siri drama serta rancangan realiti televisyen.

Selain itu, mendiang juga dikatakan memberi fokus di belakang tabir dengan banyak terlibat sebagai penerbit.

BACA: Rekod ‘Luar Biasa’ MU, Kelab EPL Pertama Bolos 15 Gol Peringkat Kumpulan UCL

Walau bagaimanapun, mendiang masih membuat penampilan istimewa sekali sekala dalam rancangan TVB.

Sepanjang karier gemilangnya, kehadiran mendiang berjaya menarik perhatian peminat industri hiburan dan kekal relevan sehingga ke akhir hayatnya.

Terdahulu, mendiang dilapor baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-57, pada 6 Disember lepas.

Mendiang turut memuat naik perkongsian sambutan tersebut menerusi laman Douyin miliknya.

Dalam hantaran itu, Kathy mengucapkan terimas kasih kepada semua para peminat yang menyokongnya selama ini.

Sumber: CNA

The post Pelakon Filem Fight Back To School, Kathy Chow Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*