Tular Video “X-Ray” Papar Jarum Peniti Didakwa Milik Wanita Bertudung Tersangkut Di Usus

Jarum Peniti Wanita Bertudung

Tular Video “X-Ray” Papar Jarum Peniti Didakwa Milik Wanita Bertudung Tersangkut Di Usus

Satu video tular di media sosial Indonesia yang memaparkan x-ray didakwa sebatang jarum peniti tersangkut dalam usus seorang wanita bertudung tular di media sosial.

Video yang dimuat naik menerusi akaun @hanyafototulang di TikTok itu telah ditonton lebih 1 juta kali.

Video yang berdurasi 59 saat itu menunjukkan sebatang jarum peniti yang digunakan oleh seorang wanita bertudung didapati telah tersangkut di dalam ususnya.

Difahamkan bahawa, wanita itu secara tidak sengaja telah tertelan jarum peniti tersebut ketika hendak memakai tudungnya.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Ini kes di mana pesakit wanita bertudung sering pakai tudung dengan meletakkan jarum di mulutnya.

“Akhirnya jarum itu tertelan olehnya dan sudah masuk ke usus,” kata doktor tersebut menerangkan situasi keadaan pesakit.

Menurutnya lagi, jika dibiarkan tersangkut melebihi 12 jam maka pembedahan segera perlu dilakukan untuk mengeluarkan objek tersebut.

Di akhir video tersebut, doktor berkenaan juga sempat meninggalkan pesanan kepada semua wanita bertudung untuk sentiasa berhati-hati sewaktu hendak memakai tudung.

“Buat para wanita yang bertudung, jangan letak jarum di mulut nanti boleh tertelan. Sekadar mengingatkan,” kata doktor itu lagi.

@hanyafototulang

#fyp #viral #rontgen2023 #abdomen #corpusalienum #hijabers @HanyaFotoTulang @HanyaFotoTulang

♬ suara asli – HanyaFotoTulang – HanyaFotoTulang

Perkongsian video tersebut telah mendapat reaksi pelbagai dari pengguna media sosial.

Ada yang menceritakan bahawa kejadian sedemikian pernah terjadi kepada mereka.

“Saya pernah kena, sewaktu di sekolah. Tetapi tidak sampai kena bedah,” tulis seorang netizen.

“Saya pernah mengalami kejadian seperti ini, kerana tidak mahu buat orang bimbang, jadi jangan cuba masukkan jarum peniti ke dalam mulut lagi,” tulis seorang lagi netizen yang berkongsi kejadian yang sama.

Seorang lagi netizen sempat berkongsi pengalamannya yang hampir sama, namun dia bukan tertelan jarum tapi besi pendakap gigi sewaktu sedang makan.

“Aku pernah alami pendakap gigi aku patah masa makan lalu tertelan. Panjangnya sekitar 2cm, sumpah sakit bila ia melalui usus,” tulis netizen tersebut berkongsi pengalamannya.

Sumber: Hanyafototulang/TikTok

The post Tular Video “X-Ray” Papar Jarum Peniti Didakwa Milik Wanita Bertudung Tersangkut Di Usus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*