Betul Ke Umur, Ketinggian & Bentuk Badan Boleh Ubah Berat Ideal Wanita?

Berat Ideal Wanita

Betul Ke Umur, Ketinggian & Bentuk Badan Boleh Ubah Berat Ideal Wanita?

Sebut sahaja pasal berat, pasti anda tidak mahu mendedahkannya lagi-lagi golongan wanita. Seakan tidak mahu terima hakikat bahawa berat telah naik dek makan tak ingat dunia.

Sudah menjadi kebiasaan perkara itu berlaku, namun tahukah anda berat ideal anda sebenarnya dipengaruhi oleh umur, ketinggian dan bentuk badan.

Dalam bahasa yang mudah, setiap orang mempunyai berat ideal yang berbeza, orang yang mempunyai berat 45 kg dengan tinggi 170 cm tidak sama dengan orang yang mempunyai berat 45 kg dan ketinggian 145 cm. Tidak sama ya, perlu difahamkan itu.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan untuk mengetahui berat ideal anda? Mari, ikuti perkongsian Hello Doktor ini sebagai penunjuk arah untuk anda mengiranya.

Tidak dinafikan menjaga berat badan merupakan perkara penting demi menjaga kesihatan diri anda secara tidak langsung memastikan anda bebas dengan penyakit berat badan seperti obesiti.

Berat Ideal Wanita
Kredit: Hello Doktor

“Berat badan aku 50 kilogram. Kau?” Eh, nanti dulu… Sebelum kita bertindak membanding-bandingkan berat badan masing-masing, tahukah anda bahawa berat ideal wanita berbeza mengikut umur?

Sebenarnya, semua orang mempunyai berat badan ideal yang berbeza-beza. Ada banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan berat badan ideal seseorang misalnya usia, bentuk badan dan juga ketinggian.

Walaupun nampak remeh, namun penting untuk kaum Hawa tahu mengenai berat ideal mereka.

Manakan tidak, obesiti merupakan satu penyakit yang sedang meningkat naik di negara kita. Ia bukanlah masalah kosmetik semata-mata.

Sebelum kami jelaskan lebih lanjut mengenai berat ideal wanita mengikut umur, mari ketahui apakah maksud obesiti dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita.

Apa itu obesiti?

Kegemukan atau obesiti merupakan sejenis masalah perubatan yang dapat meningkatkan risiko kesihatan lain seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 50.1% orang Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Ini bermaksud, 1 daripada 2 orang Malaysia gemuk!

Malah, wanita juga lebih berisiko untuk mengalami obesiti berbanding kaum lelaki.

Benar, kita boleh kekal sihat walaupun mempunyai berat yang berbeza.

Walau bagaimanapun, risiko anda untuk menghidap penyakit kronik seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung amat tinggi setelah anda memasuki kategori berat badan berlebihan atau obes.

Untuk menentukan berat ideal seseorang wanita, anda perlulah tahu berat dan tinggi anda. Malah, faktor lain seperti umur juga mungkin mempunyai kesannya yang tersendiri.

Berat Ideal Wanita
Kredit: Hello Doktor

Berapakah berat ideal wanita?

Jadi, berapa berat ideal seseorang wanita? 45 kg? 50 kg? Atau 60 kg? Ingat ya, nombor yang terpampang pada penimbang tidak boleh menentukan sama ada anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Malah, 2 orang individu yang mempunyai berat badan yang sama mungkin tergolong dalam kumpulan yang berbeza!

Sebab itulah, wujudnya cara pengiraan yang lebih komprehensif iaitu indeks jisim tubuh (BMI).

BMI akan mengambil kira ketinggian dan berat anda. Ia akan mengkategorikan anda kepada 4 kumpulan yang berbeza iaitu kurang berat badan, berat badan normal, berat badan berlebihan dan obes.

Anda boleh cuba kira berat ideal wanita menggunakan kalkulator kami di bawah:

  • BMI kurang daripada 18.5: Kurang berat badan
  • BMI antara 18.5 dan 24.9: Berat ideal
  • BMI antara 25 dan 29.9: Berat badan berlebihan
  • BMI melebihi 30: Obesiti

 

Bagaimana pula berat ideal wanita mengikut umur?

Bagi wanita dewasa, umur mungkin tidak akan mempengaruhi berat badan secara drastik. Namun, kanak-kanak sehingga umur 2 tahun mempunyai berat idealnya yang tersendiri. Mereka juga perlu menggunakan kalkulator BMI yang berbeza dengan orang dewasa.

BMI kanak-kanak dikategorikan mengikut 4 ‘centile’ yang berbeza:

  • Centile ke-2 atau ke bawah: Kurang berat badan
  • Antara centile ke-2 dan ke-91: Berat ideal
  • Centile ke-91 atau ke atas: Berat badan berlebihan
  • Centile ke-98 atau ke atas: Obesiti

Sebagai contoh, kanak-kanak yang berada pada centile ke-75 mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding 75 daripada 100 orang kanak-kanak yang sebaya.

Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai berat badan anak, jumpa doktor secepat mungkin untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit tertentu. Malah, mereka juga berkemungkinan untuk kekal obes ketika dewasa.

Berat Ideal Wanita
Kredit: Hello Doktor

Perlukah capai berat ideal wanita? Bukankah kita perlu terima berat kita seadanya?

Jangan lupa, penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi ada kaitannya dengan berat badan masing-masing.

Malah, berat yang berlebihan juga boleh meletakkan bebanan yang lebih pada kawasan otot dan sendi. Semua berat ini juga boleh mengganggu fungsi motor dan postur badan anda.

Bagi golongan muda, berat badan berlebihan ketika tubuh masih lagi melalui proses tumbesaran boleh menyebabkan pergerakan terganggu. Abnormaliti ini jika tidak dirawat boleh kekal sehingga dewasa.

Berat badan ideal seseorang boleh dianggar menggunakan BMI. Walau bagaimanapun, ia mempunyai limitasi tertentu. Sebagai contoh:

  1. Atlet yang berotot mungkin akan dikategorikan sebagai ‘obes’ atau ‘mempunyai berat badan berlebihan’ walaupun peratusan lemak badan mereka rendah.
  2. Orang tua yang kehilangan jisim otot berkemungkinan termasuk ke dalam kategori berat badan normal.
  3. Wanita yang hamil juga akan mempunyai BMI yang tidak tepat. Jika anda ingin mengira BMI, gunakan berat badan sebelum hamil.

Selain limitasi di atas, BMI merupakan cara yang paling mudah dan cepat untuk menentukan berat ideal individu.

 

Sumber: Hello Doktor

The post Betul Ke Umur, Ketinggian & Bentuk Badan Boleh Ubah Berat Ideal Wanita? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*