UPKK: Kertas Sirah Ditangguh Ke Tarikh Baharu, 24 Jan Depan

upkk sirah tarikh baharu

UPKK: Kertas Sirah Ditangguh Ke Tarikh Baharu, 24 Jan Depan

Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran Sirah yang ditangguhkan ke 23 Jan (Selasa depan) sebelum ini telah ditukarkan kepada tarikh baharu iaitu 24 Jan (Rabu depan).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan itu dibuat atas dasar keprihatinan selepas mendengar keluhan ibu bapa serta emosi para pelajar.

“Pihak saya telah menerima banyak aduan dan keluhan dari ibu bapa calon-calon UPKK yang bimbang akan kemampuan anak-anak melalui dua ujian dalam masa satu hari pada 23 Jan.

“Atas rasa keprihatinan dengan keluhan dan aduan tersebut serta dasar turut memahami emosi calon-calon UPKK, saya telah mengarahkan supaya JAKIM menetapkan ujian bagi kertas Sirah dibuat pada 24 Januari, Rabu depan.

“Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsung bermula 16 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyatakan sebelum ini keputusan untuk menangguhkan ujian mata pelajaran Sirah itu kerana terdapat isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak JAKIM berhubung satu laporan yang diterima bahawa terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar Prosedur Standard Operasi (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.

“Berpandukan SOP, JAKIM dengan serta-merta telah membuat keputusan segera dan menetapkan penjadualan semula ujian bagi mata pelajaran tersebut,” ujarnya.

Sumber: @MyJAKIM/Twitter

The post UPKK: Kertas Sirah Ditangguh Ke Tarikh Baharu, 24 Jan Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*