Viu Menerima Lawatan Dari Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Viu Malaysia dengan berbesar hati telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat (YB) Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital ke ibu pejabatnya di Bangsar South City.

Semasa lawatan itu, wakil daripada Viu Malaysia telah berkongsi maklumat tentang operasi dan sumbangan mereka dalam membina dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi Malaysia bersama kumpulan kreatif berbakat dengan mempamerkan karya mereka kepada penonton di dalam dan juga di luar negara.

Antara perkara lain yang dikongsikan ialah kejayaan Viu dalam menghasilkan diantara 3 hingga 5 Viu Original dalam masa setahun. Berdasarkan skala drama Viu Original, Viu secara langsung telah mencipta antara 80 hingga 100 peluang pekerjaan untuk setiap produksi. Angka ini meningkat kepada 120, termasuk pelakon utama dan pelakon sokongan.

Viu secara holistik menggambarkan dirinya sebagai pemangkin untuk pembangunan industri seni tempatandengan harapan dapat menyumbang secara kolektif dalam meningkatkan kualiti hiburan tanahair.

Selain melibatkan nama-nama tersohor di dalam industri untuk drama Viu Original, Viu juga memfokuskan untuk membina bakat yang sedang berkembang di Malaysia dengan bekerjasama dengan penulis skrip yang bercita-cita tinggi melalui platform Viu Pitching Forum. Penulis skrip yang memenangi fórum tersebut berpeluang untuk menghasilkan drama Viu Original, seperti Alter-Naratif yang akan datang.

Sesi taklimat bersama YB Fahmi Fadzil turut dihadiri wakil daripada Kementerian Komunikasi dan Digital, termasuk Noor Amelia Zainabila (Setiausaha Sulit), Nur Hanim Mohd Muhili (Pegawai Tugas-Tugas Khas), Ahmad Firdaus Bin Mohd (Setiausaha Akhbar), Farhan Zulkefly (Pegawai Tugas-Tugas Khas), Chermaine Thoo (Pegawai Tugas-Tugas Khas).

The post Viu Menerima Lawatan Dari Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*