Budak Lelaki Enam Tahun Ditahan, Disyaki Tembak Guru Di Sekolah

Budak Lelaki Enam Tahun Ditahan, Disyaki Tembak Guru Di Sekolah

VIRGINIA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai menembak seorang guru di Sekolah Rendah Richneck di bandar Newport News pada Jumaat yang lalu.

Memetik laporan CBS News, tembakan yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki itu berpunca daripada pertengkaran yang dialami di dalam kelas. Pun begitu, tiada pelajar yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, guru wanita yang berusia 30-an itu mengalami kecederaan serius yang mampu mengancam nyawa dan telah dibawa ke sebuah hospital tempatan.

Menurut Ketua Polis, Steve Drew, tembakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu bukan tembakan yang tidak disengajakan, malah kanak-kanak itu juga telah ditahan oleh pihak polis.

“Oleh kerana siasatan masih lagi berterusan, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut buat masa ini,” jelas pihaknya.

Dalam pada itu, ketua pentadbir sekolah George Parker III berkata kejadian berkenaan berlaku di dalam sebuah bilik darjah yang menempatkan kanak-kanak berusia 6 tahun.

“Hari ini pelajar kami mendapat pelajaran tentang keganasan senjata api. Ini sangat mengerikan.

“Ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Saya yakin kita semua terkejut dan kita mempunyai beberapa perkara yang perlu dilakukan sebagai komuniti untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku,” katanya.

Malah, pihaknya turut menambah bahawa sekolah tersebut akan ditutup pada hari Isnin selain memberikan bantuan sokongan kepada pelajar dan ibu bapa yang menghadapi peristiwa buruk itu.

Sumber: CBS News, BBC

The post Budak Lelaki Enam Tahun Ditahan, Disyaki Tembak Guru Di Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*