Wanita Tergamam, Jumpa Batu ‘Geliga’ Misteri Dalam Telur Ayam

wanita batu telur

Wanita Tergamam Jumpa Batu Misteri Dalam Kuning Telur Ayam

BANGKOK — Seorang wanita Thailand terkejut apabila menemui ketulan batu di dalam telur rebus di Rayong, timur Thailand, lapor The Thaiger.

Difahamkan, Patcharin Jaisuk, 55 tahun yang telah menjual nasi rebus selama lebih 30 tahun berkongsi kejadian itu dengan jirannya semalam.

Sebahagian jiran yang hadir untuk melihat sendiri batu misteri itu yang berukuran satu sentimeter (1cm). Susulan itu, rumahnya yang terletak di daerah Kram, wilayah Rayong menjadi pusat perhatian.

Batu yang berwarna kemerahan dan berbintik-bintik kuning itu mempunyai berat sekitar 100 gram. Ia diletakkan di dalam sebuah kotak emas.

Patcharin menjelaskan bahawa dia menemui batu itu dalam telur ayam rebus yang dibelinya dari pasar dua hari sebelum itu.

Sewaktu hari kejadian, dia telah merebus empat biji telur untuk dimakan bersama suaminya.

Apabila mengigit salah satu kuning telur itu dia mendapati sesuatu yang keras. Pada awalnya, dia menyangka ia adalah kulit telur namun setelah diperiksa ia menyerupai ketulan batu.

Setelah dibersihkan, dia mengambil keputusan untuk menyimpan batu tersebut sebagai azimat.

Kaya Sekelip Mata Selepas Temui Bongkah Batu

Terdahulu, seorang pengutip barang dari Thailand kaya sekelip mata selepas menemui bongkah batu, lapor Tribun News.

BACA JUGA: “Yang Ni Dia Tak Nak Pecah,” Azhar Sulaiman Kongsi Kisah Batu Misteri Dalam Rumahnya

Setelah diperiksa dan dinilai, bongkah batu itu bukan sembarangan batu kerana ternyata itu adalah benda yang sangat berharga.

Kisah penemuan batu itu bermula apabila Surachit Songzhu sedang memungut sampah di wilayah Songkhla, Thailand.

Ketika itu, dia kebetulan sedang mengais sampah di pinggiran pantai dan secara tidak sengaja menemukan batu besar berwarna kelabu yang dihanyutkan oleh air laut.

Menurutnya, tekstur batu tersebut sangat aneh seperti lilin, jadi dia mengesyaki batu itu bukan batu sembarangan sehingga dia membawanya pulang.

Dia kemudian memberitahu rakan dan saudara-saudaranya. Seperti yang dicurigai olehnya, dia menyangka bahawa objek itu merupakan muntah ikan paus atau biasanya disebut sebagai ambergris.

Sumber: The Thaiger 

The post Wanita Tergamam, Jumpa Batu ‘Geliga’ Misteri Dalam Telur Ayam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*