Warga Emas Rugi RM30,000, Wang Disimpan Untuk Pergi Haji Musnah Dimakan Anai-Anai

wang pergi haji anai-anai

Warga Emas Rugi RM30,000, Wang Disimpan Untuk Pergi Haji Musnah Dimakan Anai-Anai

Seorang nenek diduga dengan kejadian malang selepas duit sebanyak RM30,000 yang disimpan dirumahnya musnah dimakan oleh anai-anai.

Perkara itu dikongsikan oleh cucu lelaki kepada nenek tersebut yang bernama Khairul Azhar menerusi sebuah hantarannya di Facebook miliknya.

“Hari ini duit yang di simpan oleh nenek saya di kampung untuk tunaikan Haji tahun depan sebanyak RM30k habis di makan anai-anai,” tulis hantaran lelaki tersebut.

Hanya separuh daripada wang simpanan dapat diselamatkan

Menurutnya lagi, separuh daripada jumlah keseluruhan wang tersebut telah diserahkan kepada Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, separuh lagi daripada jumlah wang tersebut malangnya tidak dapat diselamatkan.

“Separuh saya dah serahkan kepada Bank Negara Malaysia. Kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat di selamatkan,” tulis muat naik hantaran itu lagi.

BACA: “Surat Ni Tak Boleh Buka,” Lelaki Ajar Cara Daftar Nama Anak “Step By Step” Di JPN 

Tambah Khairul lagi, kejadian yang berlaku itu mungkin bukan rezeki untuk neneknya pergi menunaikan Haji pada tahun depan.

Khairul juga sempat meninggalkan pesanannya kepada mereka di luar sana, agar tidak menyimpan wang yang banyak di rumah.

“Bukan rezeki nenek nak ke Mekah. InsyaAllah lain kali ada lagi rezeki ni. Pengajaran jangan kita simpan di rumah duit ni banyak-banyak,” tulis Khairul lagi yang mengambil iktibar berkenaan kejadian itu.

Muat naik hantaran oleh Khairul itu telah dibuat pada 24 Julai yang lalu telah menjadi tular dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial Facebook.

Sumber: Facebook/Khairul Azhar

The post Warga Emas Rugi RM30,000, Wang Disimpan Untuk Pergi Haji Musnah Dimakan Anai-Anai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*