Penaja tukar bola kontroversi final Piala FA

Kuala Lumpur: Penaja rasmi bola untuk Liga Malaysia, Active Sports mengambil tindakan pantas bagi meredakan keadaan dengan menukar logo pasukan kepada bentuk tulisan selepas berlaku perdebatan mengenai logo bola yang digunakan pada aksi final Piala FA antara Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim Sabtu ini.

Jelasnya, mereka mengakui kesilapan dari pihaknya dan akan lebih berhati-hati dalam soal sensitiviti pelbagai perkara agar ia tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

“Kami dari pihak Activesports cakna atas sensitiviti dan memohon akibat kekhilafan (berkenaan logo pada bola). Suara anda penyokong ke-12 sangat penting buat kami yang juga perlukan sokongan anda.

“Jadi inilah bola rasmi perlawanan yang akan digunakan pada final Piala FA nanti. Kami di Activesports berbesar hati atas keprihatinan semua dan berterima kasih atas sokongan anda,” kata pihak Active Sports di Instagram.

sumber: HM

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila logo pasukan Selangor yang ada pada bola itu terdapat kalimah suci bagi umat Islam.

Ramai mendesak agar perkara itu dipandang serius dan desakan peminat dilihat berjaya apabila dapat diselesaikan dengan begitu cepat.