Sukan Asia 2023: Jalur Gemilang Berkibar Megah Di Bumi Hangzhou

Jalur Gemilang sukan asia

Sukan Asia 2023: Jalur Gemilang Berkibar Megah Di Bumi Hangzhou

Jalur Gemilang berkibar megah di acara pembukaan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, Zhejiang, China.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh Astro Arena, perakaran masuk kontinjen Malaysia disambut dengan sorakan meriah daripada penonton yang hadir.

Selain itu, kontinjen yang lengkap memakai baju kemeja serta berjaket turut dilihat mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga.

Dalam acara pembukaan itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah menjadi satu-satunya wakil kerajaan Malaysia untuk menyaksikan pembukaan rasmi tersebut.

Tan Sri Johari dilihat hadir bersama isterinya iaitu Puan Sri Noriani Mohd di tempat duduk tetamu kehormat.

Sukan Asia Hangzhou, China yang telah membuka tirai pada malam ini bersamaan 23 September akan berlangsung sehingga Oktober 2023 nanti.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sumber: Astro Arena

The post Sukan Asia 2023: Jalur Gemilang Berkibar Megah Di Bumi Hangzhou appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*