“Call Saya, Mesej Saya… Bukan Posting Kat TikTok Pasal Saya, Sebab Egolah Hubungan Kami Hancur” – Zarina Anjoulie Minta Bekas Tunang ‘GENTELMAN’

“Kalau awak rasa saya sayang lagi hubungan kita kemudian jadi gentlemen, call saya, mesej saya. Bukan posting kat TikTok pasal saya. Awak pernah jadi tunang saya, sudah tentu saya boleh bincang dengan awak,” itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie yang meminta kepada bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey supaya menjadi ‘gentleman’ untuk selesaikan masalah mereka.

Umum mengetahui, hubungan antara Zarina dan Khazrul Elzey dikhabarkan sudah pun putus tunang. Menerusi satu penjelasan panjang lebar, Khazrul Elzey menjawab pertanyaan daripada netizen dengan menjelaskan dia menerima Anju seadanya dan bukan berat badan menjadi masalah dalam perhubungan mereka, namun ada perkara lain perlu diselesaikan.

Dalam pada itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menerusi satu perkongsian di TikTok telah meminta kepada bekas tunangnya itu supaya menjadi ‘gentleman’ untuk selesaikan masalah mereka.

Klik untuk gambar besar

Ujar Zarina, jika bekas tunangnya itu masih sayangkan hubungan, lebih baik hubungi terus untuk berbincang dan bukannya memuat naik perkongsian di TikTok.

Pada masa sama, Anju turut mendedahkan bahawa disebabkan ego hubungan mereka terlerai serta meminta supaya Khazrul untuk perbaiki serta selesaikan masalah berkenaan.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*