Dr Zulkifli Perjelas Hukum Kahwin Sepupu Dalam Islam

dr zulkifli kahwin sepupu

Dr Zulkifli Perjelas Hukum Kahwin Sepupu Dalam Islam

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah yang membolehkan manusia mencorakkan kehidupan dengan penuh sempurna dan bahagia.

Dalam membina bahtera yang diredhai oleh Allah, pasangan mestilah mengikut syarak yang ditentukan supaya ia tidak terpesong daripada ajaran yang sepatutnya.

Baru-baru ini, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan berhubung isu perkahwinan sesama saudara atau sepupu kepada umum.

Persoalan itu timbul selepas satu mim (meme) tular di media sosial di mana satu perbualan yang berkemungkinan dicipta berkaitan pertanyaan individu kepada ustaz berhubung perkahwinan bersama sepupu.

Lantaran itu, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi dan ada di antara orang awam bertindak untuk menceritakan pengalaman mereka.

Kredit: Twitter

Terdapat juga seorang individu yang mahukan penjelasan berhubung perkara itu dan bertanya kepada Dr Zulkifli sama ada beliau ada mengulas atau tidak.

“Tertanya-tanya, dalam Islam tiada kemas kini hukum mengenai perkara ini?” tanya  individu tersebut.

BACA: Ramai Percaya Kahwin Sepupu Mudaratkan Zuriat, Sejauh Mana Kebenarannya Di Sisi Islam?

Kahwin sepupu dalam Islam

Dr Zulkifli dalam satu ciapan berkata, syariat Islam membenarkan kahwin sepupu tapi tidak pernah menggalakkannya.

“Kahwin saudara jauh atau yang tiada kaitan kekeluargaan lebih digalakkan,” katanya pada Ahad.

Dr Zulkifli kemudiannya mengambil peluang memberi contoh nabi-nabi yang mengahwini sepupu mereka.

“Rasulullah SAW berkahwin dengan sepupunya, Zainab. Umm Kulthum dan Ruqayyah berkahwin dengan Utbah dan Utaybah, mereka sepupu.

“Ali adalah sepupu Rasulullah SAW dan berkahwin dengan anak Baginda iaitu Fatimah.

“Mustahil Allah halalkan perkara yang bawa mudarat kepada manusia. Syariat Islam ini luas dan sesuai untuk pelbagai keadaan.

“Anda mungkin pandang ia tidak sesuai tetapi boleh jadi ia keperluan pada pihak yang lain,” jelasnya lagi.

Minta orang ramai teliti kajian

Sehubungan itu, Dr Zulkifli memberi saranan kepada orang ramai supaya mengambil masa untuk meneliti kajia-kajian saintifik berhubung genetik hasil kahwin sepupu.

“Nisbah perkahwinan sepupu yang mewarisi penyakit genetik terlalu kecil. Di situ kita akan faham mengapa Allah benarkan tapi tidak galakkan,” tambah Dr Zulkifli.

Sumber: Dr Zulkifli/Twitter

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

The post Dr Zulkifli Perjelas Hukum Kahwin Sepupu Dalam Islam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*