Atuk Ditahan Disyaki Cabul Budak 5 Tahun Di Reban Ayam

atuk rogol budak

Atuk Ditahan Disyaki Cabul Budak 5 Tahun Di Reban Ayam

Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditahan selepas disyaki mencabul kanak-kanak berusia lima tahun di reban ayam dalam kejadian di Sumbawa, Indonesia, lapor Tribun News.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sumbawa, Inspektor Regi Halili berkata pihaknya menerima laporan tersebut pada hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada 16 Disember lalu, suspek telah mengajak mangsa ke reban dengan alasan mahu bermain bersama.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi suspek telah melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak itu.

Kejadian terkutuk itu turut disaksikan oleh seorang pemilik kedai makan yang kebetulan sedang membasuh pakaian dan dia melaporkan kes pencabulan tersebut kepada ibu bapa mangsa.

Satu laporan telah dibuat oleh ibu bapa mangsa dan polis pada Isnin telah mengesahkan menerima laporan pencabulan kanak-kanak.

“Memang benar, laporan dakwaan penderaan seksual ini berlaku pada 16 Disember 2023,” ujar Regi.

Suspek telah diserahkan kepada Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Sumbawa untuk tindakan lanjut.

Selepas bukti yang mencukupi ditemui, siasatan kes itu kemudiannya dipertingkatkan kepada peringkat yang lebih tinggi.

“Pada masa ini pelaku yang didakwa telah ditahan.

“Pelaku telah ditahan di bawah pasal 82 ayat 1 jo Pasal 76E Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 17 Tahun 2016 tentang Penetapan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-Undang Nomor 1 Tahun 2016 tentang Perubahan Kedua Undang-undang Republik Indonesia Nomor 23 Tahun. 2002 mengenai Perlindungan Kanak-kanak,” kata Regi.

BACA: “Buat Laporan Polis,” Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Jika Jadi Mangsa Rogol Atau Gangguan Seksual

Lelaki rogol khinzir bunting 

Beberapa hari yang lalu dalam kejadian di Thailand, seorang lelaki didakwa merogol seekor khinzir yang sedang bunting.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada waktu malam, 13 Januari lepas.

Kejadian itu diceritakan oleh pemilik khinzir itu yang bernama Kong, 41. Jelas Kong, dia mempunyai tiga ekor khinzir dan kandang khinzirnya itu terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Dia berkeras menyatakan bahawa ia bukanlah imaginasinya dan kejadian itu benar-benar berlaku.

Menurutnya, khinzirnya yang telah dirogol itu berumur sembilan bulan dan ia telah bunting selama dua bulan.

Sumber: Tribun News

The post Atuk Ditahan Disyaki Cabul Budak 5 Tahun Di Reban Ayam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*