Wanita 97 Tahun Ditemui Tepi Jalan, Berseorangan Dalam Hujan Dibuang Anak Sendiri

wanita 97 tahun dibuang anak sendiri

Wanita 97 Tahun Ditemui Tepi Jalan, Berseorangan Dalam Hujan Dibuang Anak Sendiri

Seorang warga emas berusia 97 tahun dilaporkan telah ditinggalkan di tengah jalan dalam hujan oleh anak perempuannya sendiri di wilayah Ranong, selatan Thailand, lapor The Thaiger.

Walau bagaimanapun, wanita tua itu berjaya ditemui semula oleh cucu-cucunya selepas merangkak ke kawasan berumput di tepi jalan.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera keselamatan di kawasan itu yang menunjukkan sebuah kenderaan mencurigakan menurunkan wanita tua itu pada hari kejadian.

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan, kelihatan seorang wanita telah meninggalkan nenek berusia 97 tahun itu di kawasan tersebut.

Tambah laporan itu, cucu-cucu warga emas itu meluahkan rasa marah kepada ibu saudara mereka kerana sanggup dan tergamak meninggalkannya disitu.

Menurut cucu warga emas itu, nenek mereka pada awalnya tinggal bersama mereka selama lebih setahun sebelum dia dibawa ke Phang Nga oleh ibu saudara mereka.

Tindakan anak perempuan warga emas itu yang meninggalkannya dalam hujan sejauh 50 meter dari rumah mereka sangat tidak patut dilakukannya.

Akibat kejadian itu, badan warga emas itu mengalami lebam kesan daripada cara pengendalian yang ganas dan paksaan.

Sewaktu ditanya tentang kejadian itu, warga emas tersebut menjawab bahawa dia telah dianiaya oleh anak perempuannya.

Salah seorang daripada cucu warga emas itu kemudiannya membawa dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa warga emas itu mengalami demam ringan akibat terkena hujan.

Difahamkan, warga emas itu mempunyai enam orang anak termasuk bapa kepada salah seorang daripada cucu yang telah menyelamatkannya. Namun bapa cucu tersebut dipercayai telah meninggal dunia.

Dua anak lelaki dan seorang anak perempuan yang kaya dilaporkan tinggal di wilayah berbeza. Mereka menolak untuk merawat dan menjaga wanita tua tersebut.

Seorang lagi anak lelaki yang tinggal dalam keadaan yang sukar, tidak berkemampuan untuk menjaga nenek tersebut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Tinjauan terbaru yang dijalankan oleh Institusi Pentadbiran Pembangunan Kebangsaan (NIDA) mendedahkan bahawa majoriti warga emas di Thailand dijaga oleh anak perempuan mereka.

Keputusan menunjukkan bahawa 54.1% responden mengharapkan penjagaan daripada keluarga mereka sendiri.

Sumber: The Thaiger

The post Wanita 97 Tahun Ditemui Tepi Jalan, Berseorangan Dalam Hujan Dibuang Anak Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*