Gunung Berapi Bawah Laut Vanuatu Dilapor Meletus, Amaran Berjaga-Jaga Dikeluarkan

Gunung Berapi Bawah Laut Vanuatu Meletus

Gunung Berapi Bawah Laut Vanuatu Dilapor Meletus,  Amaran Berjaga-Jaga Dikeluarkan

PORT VILLA — Gunung berapi bawah laut Vanuatu dilaporkan meletus di Kepulauan Epi Timur Vanuatu hari ini, lapor Agency France Press (AFP).

Menurut laporan awal, gunung berapi berkenaan telah mengeluarkan wap dan abu yang memenuhi ruang udara hingga mencapai 100 meter tinggi. Tidak lama selepas itu, ia dilaporkan meletus sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.

Salah seorang saksi, Philip Dick sewaktu memberitahu AFP berkata, dia merasakan tanah mula bergegar dan berasap ketika kejadian itu berlaku.

“Kemudian, disusuli dengan letupan serta bau busuk sulfur di sekeliling kampung berhampiran,” tambahnya.

Sebelum ini, amaran tahap pertama telah dikeluarkan ekoran berlaku pergolakan kecil pada skala satu hingga lima.

Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada kapal laut dan penerbangan udara untuk mengelakkan daripada melalui kawasan berkenaan.

Tambahan lagi, Pegawai Kanan Gunung Berapi di Jabatan Meteorologi dan Geo-bahaya, Ricardo William berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada penduduk tempatan berhampiran Epi dan Tonga agar berwaspada dan mengelakkan berada di pantai ekoran berkemungkinan berlaku sebarang letupan kuat kerana gunung berkenaan masih lagi meletus.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga kerana gunung berapi itu masih lagi aktif dan boleh mencetuskan sebarang kemungkinan tsunami.

“Zon bahaya bagi gunung itu adalah sepanjang 10 kilometer yang terletak 68 kilometer dari ibu kota Port Vila.” katanya.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami yang berpangkalan di Alaska tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami di rantau Vanuatu.

Terdahulu, satu gempa bumi kuat 7.0 pada skala Ritcher telah dilaporkan berlaku di Pulau Espiritu Santo di utara kepulauan rantau berkenaan pada awal Januari lalu.

Untuk makluman, lokasi Vanuatu terletak di “Ring of Fire” di Pasifik iaitu tempat plat tektonik bertembung. Oleh itu, kawasan itu sering mengalami bencana gunung berapi yang kerap dan aktiviti seismik (gempa bumi).

Sumber: AFP

BACA JUGA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

The post Gunung Berapi Bawah Laut Vanuatu Dilapor Meletus, Amaran Berjaga-Jaga Dikeluarkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*