“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50

bapa terharu anak kereta baharu

“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50

Baru-baru ini, pengguna-pengguna platform X rancak berkongsi kenangan yang paling tidak dapat dilupakan bersama ahli keluarga masing-masing.

Perkongsian itu sebagai respon kepada hantaran seorang pempengaruh, Injang (@Injang_Nation) yang bertanyakan satu soalan kepada para pengikutnya.

“Cuba kongsi memori-memori yang paling bermakna bersama dengan ibu-bapa atau ahli keluarga sama ada yang masih ada atau yang telah tiada.

”Kalau aku, core memory paling best, arwah abah aku bawak balik 1 ream kertas kajang untuk aku melukis sebab aku conteng dinding rumah.”

Menerusi ciapan tersebut, pengguna lain turut berkongsi kisah masing-masing pada ruangan Reply dan Repost.

Banyak kisah-kisah yang menarik telah dikongsikan oleh pegguna X berkenaan memori mereka bersama orang-orang yang tersayang.

Ada yang mencuit hati, ada juga kisah yang sedih sampai meruntun jiwa malah ada juga kisah yang memberikan inspirasi kepada orang lain.

Bersesuailah dengan pepatah, lain mangkuk lain cawan yang menunjukkan setiap manusia memiliki pengalaman dan sifat yang berbeza.

Salah satu kisah yang mencuri perhatian adalah kisah dari seorang wanita yang berkongsi kisah mengenai bapanya.

Wanita yang dikenali sebagai Fathiha Tia (@Fathi_tia) bercerita pengalamannya menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada bapanya.

Difahamkan, Fathiha membawa pulang kereta tersebut sendiri ke kampung disebabkan ketika itu negara kita berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas Fathiha, pelan asalnya adalah untuk membelikan bapanya kereta terpakai. Namun, mengenali bapanya, Fathiha sudah tahu sifat bapanya yang agak cermat ketika menggunakan seseuatu barangan.

Walaupun sekadar bunyi kecil yang tidak mengganggu, bapanya pasti akan membawa kereta tersebut ke bengkel untuk dibaiki.

Jadi, atas alasan tersebut, Fathiha menukar fikiran dan menghadiahkan bapanya kereta baharu, Proton X50.

Reaksi bapa yang terharu ketika mendapat kereta baharu membuatkan wanita tersebut sebak

Setiap anak sudah tentu mahukan yang terbaik untuk orang tua, lebih-lebih lagi apabila sudah berkemanpuan. Pemberian tersebut ibarat satu penghargaan atas pengorbanan mereka. Walaupun pada hakikatnya, jasa ibu bapa tidak akan mampu dibalas sehingga ke akhir hayat anak-anak.

Biasanya, kita mahu melihat senyuman dan reaksi gembira daripada ibu bapa kita apabila dihadiahkan sesuatu baranag, kan.

Kata-kata bapa Fathiha ketika melihat kereta tersebut didepan matanya menyebabkan wanita tersebut merasa sebak dan ingin mengalirkan air mata.

“Ayah tak sangka seumur hidup ayah boleh pakai kereta baru.”

Menurut Fathiha, dengan keadaan keluarga mereka sebelum ini, ayahnya hanya mampu membeli dan mengguna kenderaan terpakai untuk sekian lama.

Ayahnya tidak mahu membeli kereta baru kerana mengutamakan keperluan keluarga yang perlu disediakan setiap bulan.

“Ayah memang utamakan anak-anak, terutamanya pada bab pendidikan,” kata Fathiha menerusi ciapan di X.

Ketika berhadapan dengan situasi tersebut, Fathiha merasa bersyukur kerana tindakannya untuk membelikan sebuah kereta kepada bapanya merupakan satu tindakan yang berbaloi.

“Masa tu rasa, Alhamdulillah syukur sangat. Best decision ever beli kereta baru dekat ayah. Manis sangat senyuman ayah ibu.”

Anda boleh membaca kisah Fathiha dan bapanya dengan lebih terperinci menerusi hantaran Facebook Fathiha Tia Sumery.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Abang Ni Tunjuk Proses Macam Mana Lori Sampah Kosongkan Muatan

Sumber: Fathiha Tia via X & Facebook

The post “Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*