Kanak-Kanak Autisme Berjaya Tamatkan Pengajian Masters

kanak-kanak autisme pengajian masters

Kanak-Kanak Autisme Berjaya Tamatkan Pengajian Masters

Seorang kanak-kanak autisme berusia 11 tahun yang mempunyai IQ lebih tinggi dari Albert Einstein telah berjaya menamatkan pengajian Masters baru-baru ini.

Memetik laporan Mirror, kanak-kanak yang dikenali sebagai Adhara Pérez Sáchez itu telah menamatkan pendidikan Sekolah Menengahnya sebelum berusia tujuh tahun.

Dia yang berasal dari Mexico City telah mendapat 162 markah dalam ujian IQ.

Lebih manis, dia kini bekerja dengan agensi Angkasa Mexico bagi membantu mempromosikan penerokaan angkasa lepas dalam kalangan anak muda.

Dengan memiliki ijazah dalam sistem dan kejuruteraan industri dengan pengkhususan dalam matematik dari Universiti Teknologi Mexico, Adhara nyata tampil lebih menonjol berbanding rakan seusianya.

Pada usia tiga tahun, dia disahkan mengalami kecacatan perkembangan selepas pertuturannya merosot dengan ketara.

Gambar: IG Adhara_perez11

BACA: Budak Pandu Kereta Hingga Terbabas, Polis Selesai Rekod Keterangan Ibu Bapa

Ekoran itu, gadis pintar terbabit terpaksa bertukar sekolah sebanyak tiga kali.

Malah lebih memilukan, ada sesetengah guru didakwa mengabaikan Adhara kerana masalah yang dialaminya itu dan juga sering dibuli oleh rakan sekelasnya.

Ibunya yang mula risau mengenai keadaan Adhara yang mengalami kemurungan terus mendaftarkannya dalam sesi terapi.

Tidak lma kemudian, kanak-kanak itu dinasihatkan untuk dihantar ke Pusat Perhatian Bakat (CEDAT), iaitu sebuah sekolah untuk kanak-kanak berbakat.

Gambar: IG Adhara_perez11

Di sekolah terbabit, dia disahkan mempunyai IQ sebanyak 162, lebih tinggi daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking yang mempunyai IQ 160.

Di samping itu, dia mula diperkenalkan kepada Hawking ketika dia berjumpa dengan salah seorang doktor. Difahamkan, pejabat doktor terbabit dipenuhi dengan karya seni yang memaparkan saintis itu.

Ditanya mengenai rancangan masa depan, Adhara berkata bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang angkasawan.

“Saya mahu pergi ke angkasa lepas dan menjelajah Marikh. Saya melihat diri saya di NASA, jadi saya patut cubanya,” katanya.

Sementara itu, Universiti Arizona telah menawarkan biasiswa untuk belajar astrofizik pada tahun lalu. Bagaimanapun, dia terpaksa menangguhkannya kerana masalah visa.

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu, Ini Rupanya Cara Stesen Minyak “Check” Air Dalam Tangki Minyak

Sumber: The Mirror / Daily Mail

The post Kanak-Kanak Autisme Berjaya Tamatkan Pengajian Masters appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*