Kemalangan Semanggol: Sampel darah doktor diambil

BAGAN SERAI – Polis telah mengambil sampel darah doktor iaitu pemandu kereta punca kemalangan yang mengorbankan dua beranak di Kampung Kedai Dua, Semanggol di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, ujian itu akan dilakukan bagi memastikan doktor yang berusia 28 tahun itu tidak mabuk ketika berlaku insiden.

“Daripada keterangan pegawai penyiasat, tidak nampak gejala mabuk ketika kejadian. Bagaimanapun, darah pemandu telah diambil untuk analisa kimia bagi memastikan ada atau tidak kehadiran alkohol,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam media melaporkan pasangan ibu dan anak lelakinya maut setelah lori yang dinaiki dilanggar oleh sebuah Toyota Yaris yang memasuki laluan mereka di KM95.3 Jalan Ipoh-Butterworth di sini.

Impak dari kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang tempat duduk, menyebabkan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bagan Serai menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah Juna, polis menjalankan siasatan lanjut dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Kemalangan Semanggol: Sampel darah doktor diambil appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*