Lelaki Dakwa Tunai Umrah Bagi Pihak Mendiang Ratu Elizabeth II Ditahan

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya menunaikan ibadah Umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II di Kota Suci Mekah, lapor The Guardian.

Difahamkan, lelaki warga Yaman terbabit telah memuat naik sebuah klip video mengenai dirinya di media sosial di Masjidil Haram pada Isnin.

Dia telah ditangkap dan tindakan undang-undang telah diambil terhadapnya.

Menerusi klip video berkenaan, lelaki berkenaan memegang sehelai kain rentas dengan tertera tulisan “Umrah untuk Ratu Elizabeth II, kami berharap dia diterima di Syurga dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman”.

Rakaman itu telah tular di media sosial Arab Saudi khususnya di Twitter yang menggesa lelaki terbabit ditahan.

Malah, kerajaan Arab Saudi juga melarang jemaah untuk membawa kain rentas dan melaungkan slogan.

Walaupun umat Islam dibenarkan untuk menunaikan umrah bagi pihak orang yang meninggal dunia namun tidak kepada orang bukan Islam.

Umrah adalah ziarah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa manakala berbeza pula daripada haji yang diadakan sekali setiap tahun dan biasanya menarik jutaan orang dari seluruh dunia.

Terdahulu, Ratu Elizabeth II telah disahkan mangkat pada usia 96 tahun pada Khamis lalu, lapor AFP.

Ratu Elizabeth II merupakan pemegang takhta paling lama sepanjang pemerintahan England iaitu 70 tahun sejak ditabalkan menjadi Ratu pada tahun 1952.

BACA: Ular masuk telinga wanita, enggan keluar walau ditarik guna klip besi

Sumber: The Guardian

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*