Melaka Gerak Wakil Rakyat Galak Pendaftaran PADU

melaka wakil rakyat padu

Melaka Gerak Wakil Rakyat Galak Pendaftaran PADU

MELAKA, 4 Jan (Bernama) — Kerajaan negeri Melaka menerusi wakil rakyat dan 28 Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) akan mengerakkan usaha bagi menggalakkan pendaftaran rakyat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha itu bagi menyokong inisiatif kerajaan Persekutuan dalam memastikan pemberian bantuan lebih meluas serta menyeluruh dan tiada individu layak tercicir daripada menerima bantuan.

“Kita perlu memberi sokongan dan saya menyeru kepada rakyat Melaka supaya mendaftar segera supaya memudahkan sistem penyampaian untuk kerajaan memberi faedah kepada rakyat, sama ada dalam bentuk subsidi atau bantuan seperti program E-Kasih dan pelbagai lagi.

“Jadi saya menyeru kepada semua rakyat di negeri ini untuk dapat mendaftar dengan kadar segera bagi memudahkan kerajaan untuk mengumpul maklumat isi rumah dan sudah tentu mereka akan mendapat manfaatnya di kemudian hari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan RV Taman Bandaraya, Bukit Serindit di sini malam tadi.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Pada 2 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PADU iaitu pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif, menggabungkan semua perangkaan daripada jabatan dan agensi kerajaan.

Pendaftaran PADU kini dibuka hingga 31 Mac ini melibatkan semua rakyat berumur 18 tahun ke atas bagi mengesahkan atau mengemas kini data isi rumah mereka.

BACA: ‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influencer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut

Sumber: Bernama

The post Melaka Gerak Wakil Rakyat Galak Pendaftaran PADU appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*