Pelik, Ini Tiga Jenis Ikan Yang Tak Kena Pada Rupa & Nama

tiga jenis ikan pelik

Pelik, Ini Tiga Jenis Ikan Yang Tak Kena Pada Rupa & Nama

Umum mengetahui bahawa setiap ikan mempunyai namanya yang tersendiri. Ia bagi memudahkan orang ramai mengenali setiap jenis ikan.

Bagaimanapun, terdapat juga ikan yang mempunyai pelbagai nama dan gelaran yang dberikan. Ia bergantung kepada kepercayaan dan panggilan yang diberikan oleh komuniti di sesebuah kawasan.

Sebagai contoh, ikan keli. Ikan ini merupakan salah satu ikan yang popular di Malaysia. Tambahan lagi, ia juga mempunyai gelaran lain di sesetengah kawasan.

Jadi, tidak hairan mengapa sesetengah ikan mempunyai nama lain daripada nama asal mereka. Bahkan sebahagian nama yang diberikan seperti “tidak kena dengan rupa”.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsikan nama-nama ikan yang mungkin anda sendiri tidak pernah terbayang itu adalah nama panggilannya.

Nama-Nama Pelik Jenis Ikan

Dalam video yang dimuat naik oleh @hasillautsaudagar berkongsikan nama-nama ikan yang dianggap tidak kena dengan rupa atau namanya.

BACA JUGA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Beza Ikan Keli & Ikan Sembilang

Menurut lelaki dalam klip berdurasi 41 saat itu, terdapat tiga jenis ikan yang sering digelar dengan nama yang “tak masuk akal”.

“Jom kita kenal ikan! Tiga jenis ikan yang tak kena pada rupa dan namanya, ujarnya dalam klip itu.

Ikan Pecah Periuk

Nama Pelik Jenis Ikan
Gambar: TikTok @hasillautsaudagar

Ikan pecah periuk atau Lobotes Surinamensis ini difahamkan tinggal di habitat muara sungai dan kawasan laut serta teluk.  Ia sering dijumpai di bangkai-bangkai kapal, bot, pelampung dan objek terapung.

Ikan ini mempunyai tiga warna berbeza seperti warna kehitaman, merah gangsa dan kuning atau berbintik. Ia  mampu membesar antara 13 kilogram hingga 22 kilogram.

Bagaimanapun, saiz yang sering dijumpai sekitar dua kilogram hingga enam kilogram.

Ikan Tauhu Jepun

Nama Pelik Jenis Ikan
Gambar: TikTok @hasillautsaudagar

Ikan Tauhu Jepun atau nama saintifiknya Fusiliers merupakan keluarga Caesionidae. Ia kebiasaannya dijumpai di perairan Indo-Barat Pasifik.

Ikan laut ini tinggal di kawasan terumbu karang dari permukaan air hingga kedalaman 60 meter.

Dianggarkan terdapat 22 spesis Caesionidae dan empat generasi di seluruh dunia. Di Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya 15 spesis dengan kesemua generasi.

Ikan ini juga dikenali di Malaysia dengan nama Ikan Sulig dan Ikan Tauhu.

Ikan Put Put

Yang ketiga termasuklah Ikan Put Put atau nama lainnya Ikan Mata Beliak.

Ikan ini atau nama saintifiknya Ilisha elongata merupakan sejenis ikan laut masin. Ia mempunyai panjang mencapai 60 sentimeter dan berat sehingga 14 kilogram.

Nama Pelik Jenis Ikan
Gambar: TikTok @hasillautsaudagar

Tambah lelaki yang mengenakan apron dan topi berwarna askar itu, dia juga mahu orang ramai berkongsi nama-nama pelik ikan lain yang diketahui oleh masyarakat kita.

“Ha korang tahu apa lagi pasal ikan pelik,” katanya.

@hasillautsaudagar

JOM KENALI 3 JENIS IKAN NAMA PELIK TAK KENA DENGAN RUPANYA 🫣 ehh jap! Bang amat tahu ke nama ikan atau ….. ahahhaa cer korang share lagi ikan apa yang nama pelik 🙈🤣‼ #fyp #explore #fypシ #foryou #foryoupage #fypsounds #fypviral #viral #viralvideo #hasil #hasillaut #bangamat #sekinchan #sekinchanselangor #ondelivery #fresh #saudagarbangamat #belihariniesoksampai #ikanpelik #pelik #namaikan #ikan #seafood #seafoodfresh #seafoodfestival #viral

♬ Cupid (Twin Ver.) – FIFTY FIFTY

Reaksi Netizen 

Menoleh ke ruangan komen, rata-rata pengguna memberikan respon positif dengan perkongsian ilmu yang disampaikan olehnya. Menerusi klip video pendek ini, orang ramai dapat mempelajari nama-nama ikan yang jarang didengari umum.

Bahkan sesetengah netizen turut menyifatkan cara penyampaian lelaki itu mencuit hati.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 144,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda “Suka” serta lebih 900 komen di platform berkenaan.

Sumber: TikTok @hasillautsaudagar, Texas Park & Wildlife, Talk About Fish, Marine Wise

The post Pelik, Ini Tiga Jenis Ikan Yang Tak Kena Pada Rupa & Nama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*