Piala Dunia Kelab: Pungutan Mata JDT Lebih Tinggi Daripada Manchester United

piala dunia kelab

Piala Dunia Kelab: Pungutan Mata JDT Lebih Tinggi Daripada Manchester United

Sebahagian peminat bola sepak tempatan terkejut apabila Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai jumlah pungutan mata yang lebih tinggi daripada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Situasi itu terjadi selepas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam mengeluarkan senarai jumlah mata kelab bagi perebutan 32 slot ke Piala Dunia Kelab 2025.

Dalam senarai pasukan dari benua Asia, ia menyaksikan JDT berjaya mengumpul 38 mata dan meletakkan pasukan itu sebaris dengan 11 pasukan elit di benua berkenaan.

Gambar: FIFA

Difahamkan, sebanyak empat slot dibuka kepada pasukan dari benua Asia. Dua pasukan, Al-Hilal (Arab Saudi) dan Urawa Red Diamonds (Jepun) lebih awal mengesahkan slot ke Piala Dunia Kelab 2025.

Al-Hilal yang mengesahkan slot itu menduduki tangga pertama dengan mengumpul 97 mata manakala Urawa Red Diamonds di tangga ke-7 dengan 49 mata terkumpul. Kedua-dua mereka  merupakan juara AFC Champions League (ACL) 2021 dan 2021.

Sementara itu, melihat kepada senarai kelab dari benua Eropah, warganet berseloroh apabila mendapati jumlah pungutan mata Manchester United yang merupakan antara gergasi Eropah mempunyai mata kumpul lebih rendah daripada JDT.

Gambar: FIFA

Dalam senarai kelab-kelab Eropah, The Red Devils menduduki tangga ke-20 dengan 35 mata terkumpul sahaja iaitu tiga mata kurang berbanding juara bertahan dari Malaysia itu.

Oleh itu, pencapaian JDT tersebut dianggap satu kejayaan yang cukup membanggakan meskipun kelab tersebut mempunyai peluang yang tipis bagi melayakkan diri ke kejohanan berprestij berkenaan.

Dua slot lagi bakal diisi oleh Juara AFC Champions League (ACL) 2023 dan pasukan yang mempunyai pungutan mata paling tinggi dalam senarai benua Asia.

BACA: Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

Piala Dunia Kelab 2025

Menurut FIFA, Piala Dunia Kelab 2025 menampilkan 32 pasukan dari seluruh dunia yang bakal berentap di bawah satu payung yang sama.

Difahamkan, kejohanan yang pertama kali dianjurkan itu bakal dilangsungkan bermula 15 Jun hingga 13 Julai 2025 di Amerika Syarikat.

32 pasukan yang diambil daripada enam konfederasi yang berbeza iaitu, empat pasukan dari benua Afrika, empat pasukan dari benua Asia, 12 pasukan dari benua Eropah, empat pasukan dari benua Amerika Tengah, Tengah & Caribbean) serta satu pasukan daripada Oceania.

Sumber: X FIFA, Kenyataan FIFA 

The post Piala Dunia Kelab: Pungutan Mata JDT Lebih Tinggi Daripada Manchester United appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*